KASIH SAYANG DAN PERSAUDARAAN

 Assalamualaikum wbt dan salam Maal Hijrah sahabat-sahabat Bitarawangsa yang saya kasihi.. 

Semoga semua dalam keadaan baik belaka..


Bersempena awal Muharam ni, saya cuma nak ajak kita untuk sama2 embrace semangat kasih sayang dan persaudaraan.


Pada masa ni, semua orang ada cabaran masing-masing... Cabaran kena pindah berkali-kali dan angkut barang ke sana-sini, cabaran dengan program dan aktiviti, cabaran fikir tajuk SPP, cabaran merancang program sintesis. Senang kata semua ada kesibukan yang reasonable untuk merasa stress... sangat.


Secara teori kita semua dah hadir program pengurusan stress. Tapi praktikalnya ada dalam kehidupan seharian kita sepanjang DPA ni.


Miscommunication akan berlaku, salah faham akan timbul, konflik akan terjadi. Nak tak nak kita tetap perlu hadapi.


Rasa penat, letih, tak puas hati, rasa nak marah kadang-kadang timbul. Ketegangan mungkin berlaku, antara individu, antara kumpulan.. 


Kita harus berusaha untuk berada di atas segala konflik itu dan mengawalnya, bukan terbawa-bawa perasaan dan dikawal olehnya.


Mencari titik temu dan solusi yang baik dalam suasana penuh kematangan itu lebih wajar bagi kita sebagai bakal pemimpin penjawat awam. Positif dan terbuka dalam mendapatkan penjelasan dan klarifikasi atas segala isu. Sentiasa berfikir bagaimana kita boleh membantu dalam nak selesaikan sesuatu isu, bukan berfikir siapa lagi yang boleh kita salahkan. 


Jaga kata-kata kita, jaga tingkah laku kita, jaga bahasa tubuh kita, jaga kesatuan dan kasih sayang sesama kita. Kita jaga kita. Baik secara fizikal mahupun secara maya. 


Kalau kita ada buat salah, minta maaf. Tak hilang kehebatan kita. Kalau orang buat salah, maafkan. Tak berkurang kemuliaan kita. Sabar, itu kunci nak berjaya. 


Usia DPA ini terlampau singkat berbanding usia perkhidmatan kita nanti. Kita memerlukan satu sama lain. Jangan ada hubungan yang kita rosakkan di sini sehingga masa depan kita menjadi sukar dan terganggu.


Afterall, kita semua masih dalam training ni. Masih belum dilantik sebagai pegawai. Masih banyak persediaan perlu dibuat, masih banyak penilaian yang perlu dilalui. Stay focus, build connection and rapport. Sentiasa mencari apa lesson learnt di sebalik setiap sesuatu. Mengambil sikap nak belajar lebih banyak daripada nak mengajar.


Minta maaf jika menulis kali ini agak panjang dan mungkin membuatkan sahabat-sahabat merasa tidak selesa atau terasa. Terima kasih kerana masih membaca.


Saya bukan menulis kerana saya yang paling baik. Tapi kerana saya sayangkan kita semua, dan saya pun nak berubah bersama-sama.


Tinggal lebih kurang 3 bulan sahaja lagi untuk kita teguhkan hati dalam perjalanan penuh onak duri ini. Kita kena bersatu hati... Kekal positif dan bertenaga. Kekal support each other.


Saya secara peribadi memohon maaf kepada semua jika ada kekurangan dalam pentadbiran MPP sepanjang Penggal 2 ini. Jutaan tahniah dan apresiasi saya berikan kepada team MPP yang telah berusaha keras menguruskan portfolio masing-masing. Dan jutaan terima kasih juga kepada semua sahabat yang telah banyak mempermudahkan urusan kita bersama dalam pentadbiran, program dan aktiviti.


Sebarang nasihat dan pandangan sangat kami alu-alukan untuk kita sama-sama meninggalkan legasi yang baik batch Bitarawangsa. Peluang sekali seumur hidup, kita berikan yang terbaik. Sikit saja lagi nak habis dah... Layankan sebaik mungkin. 


Semoga dipermudahkan kepada sahabat-sahabat yang sedang dan akan berpindah. 


Kalau kita sama-sama, kita kuat. Kalau kita berpecah, semua jadi bermasalah. 


Saudara sampai mati. Ukhuwwah kekal abadi. 


Salam Maal Hijrah. 

Salam cinta dan kasih sayang... 


Sahabatmu, 

Zul Yunus.

1 Muharam 1442H

Comments