Posts

Showing posts from 2020

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 20

Sudah 5 hari berlalu sejak Program DPA INTAN Tahun 2020 selesai. Hari ini aku baru berkesempatan untuk membuat sebuah coretan terakhir bagi siri Jurnal DPA 2020. 20 bahagian tulisan ringkas ini telah merentas pengembaraan sejak tayar bas bergolek ke Program Integrasi Kumpulan pada 20.01.2020 sehingga saat menerima surat penempatan pada 20.11.2020. Bahagian 12 dan 13 yang aku tulis di dalam buku nota semasa modul Orientasi Pertahanan Negara telah hilang tidak dapat ditemui sehingga kini (Alhamdulillah dah temui semula April 2021). Biarlah ia menjadi misteri dan kenangan yang aku simpan sendiri. Sebuah penulisan yang aku tulis dengan sepenuh perasaan dalam keadaan sebak di Pusat Latihan ATD Port Dickson, sambil mengenang perjuangan wira-wira negara. Mungkin penulisan tersebut akan muncul kembali jika ditakdirkan. Aku mulakan penulisan Jurnal DPA ini dengan harapan untuk mengutip segala pengalaman dan perasaan berharga sepanjang menjadi Kadet PTD dan menuangkannya dalam tulisan yang dapat...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 19

4 hari lagi, kita akan menerima surat penempatan, InsyaAllah. Minggu depan kita tidak lagi akan bergelar kadet PTD.  Aku pasti akan merindui tempoh ini. The people, the food, the ambience, the moments.  Seakan tak percaya suatu tempoh 10 bulan sangat hampir berlalu pergi. Begitu pantas masa berjalan seiring memori yang telah tercipta. Suka duka silih berganti bagaikan mimpi.  Semua yang dilalui telah menjadi sejarah yang akan terpatri abadi. Kenangan terukir kemas dalam setiap kepingan gambar, video bahkan wajah teman seperjuangan sepanjang perjalanan ini. Tiada siapa yang dapat merampas memori yang telah kita sendiri cipta dan alami bersama.  Banyak perkara telah kita pelajari. Bahkan masih terlalu banyak perkara untuk dipelajari. 10 bulan ini hanyalah permulaan kepada perjalanan yang lebih mencabar nanti. Ini adalah medan latihan dan kita sebenarnya dalam transisi ke medan peperangan.  Perasaan pun bercampur baur ketika ini. Teruja kerana bakal mendapat surat ...

MERDEKA DARIPADA ZON SELESA

Syukur kita telah menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63. Semoga tema Malaysia Prihatin dapat kita serap ke dalam jiwa kita, membina Bitarawangsa Prihatin.  Kita belum merdeka daripada Program DPA. Walaupun tinggal 11 minggu sahaja lagi sebelum kita mendapat surat lantikan, masih banyak cabaran perlu kita tempuh bersama.  Belum masanya untuk menghela nafas lega dan bersembunyi dalam zon selesa. Bahkan setiap sidang akan menempuh cabaran yang berbeza-beza dalam minggu-minggu yang mendatang. Jiwa harus semakin kental. Cabar diri untuk terus menempa potensi yang tersimpan. Jangan biar ia tertanam dan menjadi sesalan. Zon selesa menjadikan kita malas. Malas ambil tahu, malas terlibat, malas berfikir, malas mencuba, malas berubah, malas beri kerjasama, malas bertindak. Keluar daripada zon selesa kita. Ambil bahagian, ambil peranan.  Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap segala program dan aktiviti yang tel...

KASIH SAYANG DAN PERSAUDARAAN

  Assalamualaikum wbt dan salam Maal Hijrah sahabat-sahabat Bitarawangsa yang saya kasihi..  Semoga semua dalam keadaan baik belaka.. Bersempena awal Muharam ni, saya cuma nak ajak kita untuk sama2 embrace semangat kasih sayang dan persaudaraan. Pada masa ni, semua orang ada cabaran masing-masing... Cabaran kena pindah berkali-kali dan angkut barang ke sana-sini, cabaran dengan program dan aktiviti, cabaran fikir tajuk SPP, cabaran merancang program sintesis. Senang kata semua ada kesibukan yang reasonable untuk merasa stress... sangat. Secara teori kita semua dah hadir program pengurusan stress. Tapi praktikalnya ada dalam kehidupan seharian kita sepanjang DPA ni. Miscommunication akan berlaku, salah faham akan timbul, konflik akan terjadi. Nak tak nak kita tetap perlu hadapi. Rasa penat, letih, tak puas hati, rasa nak marah kadang-kadang timbul. Ketegangan mungkin berlaku, antara individu, antara kumpulan..  Kita harus berusaha untuk berada di atas segala konflik itu da...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 18

Hari ini terasa begitu indah bagi aku. Menginjak ke angka 32 tahun mendiami bumi. Ini juga hari terakhir bagi modul akademik. Tiada lagi exam dalam garis masa DPA ini.  Minggu depan akan mula merasai secebis dunia PTD dalam tempoh yang terbatas. Melangkah kaki ke suatu tempat yang diketahui namun tidak pasti.  Persekitarannya dan suasananya masih kabur. Membuatkan kerisauan seringkali bertandang mencabar keyakinan dan ketenangan. Namun tetap positif untuk menghadapi cabaran.  Rasa teruja tak dapat nak dinafikan. Nak belajar benda baharu, menimba pengalaman baharu, berkenalan dengan teman baharu.  Part atas ni aku tulis pada 14 Ogos 2020. Part bawah ni aku sambung lepas dah 3 minggu modul SPP di FRIM, Kepong. Hari ini (14 Ogos 2020) juga bersyukur dapat Anugerah Kadet Contoh Bulanan Bulan Jun. Ini adalah dedikasi buat semua sahabat yang sentiasa mendorong untuk menjadi lebih baik. Ia adalah sebuah cabaran untuk terus menjaga prestasi diri sepanjang program ini dan sep...

SIKAP MULIA BERMULA DI SINI

Semoga berjaya kami ucapkan kepada semua ahli sidang Lasykar yang akan menempuhi peperiksaan Government Administration and Public Policy Management. Cuba kita bayangkan, dalam tempoh 10 ke 20 tahun yang akan datang, apakah yang bakal kita lalui dalam perkhidmatan awam? Di manakah kita akan berada? Mungkin ada di antara kita yang bakal ditempatkan di posisi yang sangat *strategik* dan penuh dengan godaan dan tawaran habuan yang besar. Ada pula yang bakal memegang *rahsia besar* negara yang perlu dipertahankan dan disimpan kukuh. Ada juga yang bakal mewakili Malaysia untuk menyuarakan dan mempertahankan kepentingan negara. Atau turut serta dalam proses membuat keputusan-keputusan yang penting dan besar demi keselamatan negara. Tiada siapa yang tahu apakah laluan yang menanti di hadapan. Apa juga peranan yang bakal kita pegang, semuanya harus disertai dengan sikap yang mulia. Ia perlu dibentuk sejak awal dan diperkukuhkan sepanjang perkhidmatan. DPA inilah medan latihan kita. Di sinilah t...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 17

5 Julai yang lalu telah berlangsung pilihan raya MPP untuk penggal kedua.  Ramai yang bertanding daripada pelbagai sidang. 30 lebih calon. Video, poster, forum telah menjadi platform berkempen bagi semua calon. Pilihan raya kali ini agak menarik kerana masing-masing lebih mengenal calon-calon setelah 1 penggal bersama.  Lebih sengit dan lebih bertenaga. Macam-macam sticker keluar. Macam-macam video menarik yang dihasilkan. Syabas kepada semua calon yang bertanding. Selamat bertugas kepada barisan MPP Penggal 2 yang telah dilantik. Hakikatnya, setiap PTD adalah pemimpin. Selepas tamat DPA, kita akan memimpin anak buah di pelbagai peringkat dan kementerian. Di sini adalah platform untuk mengasah bakat kepimpinan. Belajar mengenali diri, gaya kepimpinan dan belajar mengenali orang lain yang akan dipimpin. Jawatan itu datang bersama amanah. Amanah perlu ditanggung dengan kekuatan. Kekuatan perlu dibina secara berterusan. Belajar dan timba pengalaman supaya kita akan sentiasa berke...

BERSEDIA BERUBAH DAN SENTIASA BELAJAR PERKARA BAHARU

Salam sejahtera warga Bitarawangsa, Alhamdulillah, gembira melihat wajah-wajah warga Bitarawangsa di pelbagai kementerian untuk melalui modul SPP siri yang pertama. Siri kedua bakal menyusul bulan hadapan. Dalam kegembiraan dan keterujaan, jangan lupa untuk sentiasa menjaga adab di tempat orang, dan sentiasa berhati-hati dalam menghantar sebarang _post_ di media sosial. Sedar tak sedar, 6 bulan sudah kita lalui program DPA di INTAN. Sejauhmanakah 6 elemen A.K.S.A.R.A. telah dapat kita hayati dan amalkan? Pengukuhan setiap elemen tersebut menuntut kita untuk sentiasa bersedia berubah menuju ke arah yang lebih baik dalam segenap sudut. Bersedia mendengar nasihat dan menerima kritikan secara positif daripada sesiapapun. Kita harus sentiasa menanamkan semangat untuk belajar tanpa jemu. Jika kita merasa kita yang paling tahu semua perkara, sukar untuk kita menghargai orang lain dan mengembangkan potensi diri kita yang tersimpan. Ambil peluang ini sebaik mungkin. Berkenal-kenalan, bina jarin...

SEMOGA BERJAYA DAN SELAMAT MENIMBA PENGALAMAN BARU

Selamat menempuh peperiksaan dengan jayanya kami ucapkan kepada para peserta daripada Adiwangsa dan Valoria untuk Modul Kewangan Awam dan Modul Ekonomi.  Kepada para peserta daripada Laksmada yang sedang giat menyiapkan proposal untuk Modul Research Methodology, semoga diberikan kemudahan dalam menghasilkan proposal yang terbaik dan cemerlang. Kami juga mendoakan kepada para peserta daripada Lasykar agar dipermudahkan urusan presentation project proposal bagi modul English yang sedang dilalui. Kepada para peserta daripada Rentaka pula, selamat membuat persediaan untuk debat ala parlimen pada minggu hadapan bagi modul Pengurusan Sumber Manusia.  Seperti semua sedia maklum, pada minggu hadapan, para peserta daripada Adiwangsa, Valoria dan Laksmada akan menjalani modul Strategic Partnership Programme selama 5 minggu di pelbagai kementerian. Kami ucapkan selamat berangkat dan selamat menimba pengalaman baru. Semoga sentiasa bersemangat menimba ilmu dan membentuk sahsiah diri menur...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 16

20 haribulan, 5 bulan yang lalu, pada pagi yang hening dan segar, 7 bas dari IBK dan 4 bas dari IJE telah memulakan sebuah perjalanan menuju ke sebuah tempat yang misteri, tidak diberitahu. Rahsia, tidak dapat diduga oleh semua.  Pada ketika itu, banyak maklumat intelligent yang cuba memberitahu, membuat andaian, ke manakah halatuju 11 bas yang membawa 407 jiwa muda yang begitu teruja? Tiada kepastian. Itulah sebuah permulaan. Ketika semuanya membawa beribu harapan. Datang dari dunia silam yang berbeza-beza corak dan warna.  Pelbagai perkara yang bermain di jiwa pada ketika itu. Resah, tak keruan. Gembira, tak tergambarkan. Banyak wajah yang tidak dikenali. Mungkin semuanya asing.  Bahkan, bas dan nombor bas juga tidak diingati pada saat itu. Sehingga ramailah insan berbaju sukan hitam lengkap berlegar-legar mencari bas masing-masing di perhentian RnR. Mengenang kembali, rasa rindu timbul. Pada ahli kumpulan binatang yang sempat bekerja bersama hanya ketika induksi dan GI...

DPA 2020 : Apakah Kesudahannya?

Pejam celik pejam celik, semester pertama program DPA untuk sesi 2020 sudah melabuhkan tirainya. Nama batch yang diberi - Bitarawangsa, tentu sekali tiada taranya. Apa tidaknya, Bitarawangsa mengukir sejarah menjadi batch pertama yang buat julung-julung kalinya menjalani pembelajaran e-learning dari rumah. Dikejutkan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana penularan wabak Covid-19 seawal bulan Mac, kesemua modul luar yang perlu diikuti pula terpaksa ditunda. Justeru, pelbagai persoalan bermain di minda kadet. Apakah kesudahan program DPA 2020? Adakah kadet perlu extend pengajian? Adakah kadet perlu terus menjalani pembelajaran di atas talian sepanjang DPA? Sehingga artikel ini ditulis, kesemua persoalan ini masih belum terjawab.  Sejujurnya, situasi ini sedikit sebanyak menggugat keyakinan kadet akan kemampuan masing-masing. Malah, ada di antara kita yang barangkali rasa tidak mampu lagi meneruskan lagi perjuangan ini. Sungguhpun berada di rumah di samping ahli ...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 15

Dah lebih sebulan aku tidak menulis di sini. Sedar tak sedar, minggu depan semua peserta DPA akan masuk ke modul terakhir untuk penggal pertama. Pantas masa berlalu. Penggal ini begitu unik bagi kita kerana separuh masa di INTAN, separuh masa di rumah. Tidak pernah berlaku dalam sejarah. Hikmah Allah, banyak benda yang kita tak tahu. Sepanjang berada di rumah ini, banyak kita belajar benda baru. Banyak kita kenal kemampuan sahabat-sahabat yang sebelum ini kita tak tahu. Banyak juga medium pertemuan online yang kita jelajahi. Walaupun tiada lagi nasi ayam sambal sotong dapat dinikmati buat masa ini, atau bijirin coco crunch dan cornflakes setiap pagi, mahupun salad dengan toppings yang...ahh...meleleh air liur orang berpuasa tengah hari ni. Belum cerita lagi tentang breakfast soto dan yogurt serta ice-cream yang menanti selepas lunch. Ramadan kita di rumah, tak sempat merasa Ramadan di INTAN. Biarlah cerita meriahnya puasa di INTAN menjadi sekadar penglipur lara. Walaupun berjauhan, akt...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 14

"Bilakah semua ini akan berakhir?" Persoalan yang ligat bermain dalam pemikiran kami. Tiada jawapan yang pasti. Angka positif COVID-19 semakin bertambah, tempoh RMO juga tidak dapat dipastikan.  2 bulan, segalanya kelihatan lancar. Tidak pernah terjangka suasana akan tiba-tiba berubah, begitu cepat. Sesuatu yang selalu dirindui, kini sudah sering bertemu, bahkan dilarang berpisah. Sesuatu yang sering bersama sebelum ini, sudah menjadi sebuah kerinduan. Hampir seminggu rupanya. Terasa janggal apabila budaya hidup selama dua bulan harus melalui perubahan. Bagaimana agaknya nanti setelah 10 bulan harus melangkah kaki ke kementerian? Tiada PT mahupun perhimpunan pagi.  Bertalu-talu mesej whatsapp masuk setiap hari. Cerita dan diskusi silih berganti. Cerita makan, cerita seram, cerita... macam-macam. Lebih padu angka mesej Whatsapp sidang berbanding angka positif COVID-19.  Di sinilah aku merasa teruji dengan komponen AKSARA yang ke-4. Bukan senang nak mengubah kebiasaan. Tak ...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 13

Terasa rindu akan anak-anak dan isteri. Baru 6 hari hilang perhubungan semenjak berada di OPN ini. tak dapat nak bayangkan kerinduan yang ditanggung oleh barisan pertahanan di perbatasan negara yang berbulan-bulan berjauhan dengan keluarga. Bonda senyum riang menerima bahtera merdeka putera puteri sayang sedang berjuang Sayu menyanyikan lagu ini. Cuba menjiwai segala perasaan yang terkumpul dalam bait-bait liriknya yang mendalam. Jalan menuju kemerdekaan kita hari ini penuh dengan kisah pengorbanan wira bangsa. Sebahagiannya tidak pernah didendang. Namun darah mereka telah menjadi baja kepada suburnya keamanan hari ini. Mempertahankan kemerdekaan ini setelah ia diraih juga tidak sepi daripada gugurnya para pejuang tanah air. Tersentuh apabila Kol. Abdul Latif Harun menyebut 3 perkataan sahaja yang menggambarkan keadaan ketika KESBAN dilaksanakan dalam rangka memutihkan kawasan komunis, "blood, shed and tears". Sekitar 60 jentera berat untuk tujuan pembangunan pernah dimusnahk...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 12

 Selesai sudah road relay pagi tadi melibatkan 8 sindiket daripada 4 platun. setiap sindiket mengandungi 15 orang bercampur lelaki dan perempuan. Kami telah merentasi 6 acara utama: 1. Mengangkat armor box berlair di pesisiran pantai. 1 sindiket hanya perlu mengangkat 2 armor box besar dan 2 armor box kecil. 2. Hiking dan trekking tanpa membawa sebarang beban 3. Menjawab 5 soalan kuiz seterusnya mengikat serta mengangkat stretcher kosong.  4. Mengangkat log (batang kayu balak) 5. Mengangkat tayar, 1 besar dan 1 kecil. 6. Merentasi halangan: piramid, monkey bar, stepping stone, crawl di bawah kawat duri, lompat merentas air. Kemudian terus berlari menuju garisan penamat. Jarak yang dianggarkan sekitar 5km itu dihadapi oleh semua sindiket dengan masa lebih kurang 1 jam. Alhamdulillah semuanya tiba dengan selamat tanpa kecederaan berat.  Syukur pihak ATD telah menyediakan kami selama 5 hari untuk berhadapan dengan hari ini.  Semuanya kalau boleh nak menang. Namun jika h...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 11

Hari kelima di OPN. Baru sempat membuat sebuah coretan kenangan. Sejak tiba di Kem ATD Port Dickson 2 Mac lalu, masa terasa berjalan begitu laju. Banyak wajah yang seakan tidak kelihatan sepanjang 5 hari ini. 2 hari kebelakangan ini baru terasa ada sedikit masa untuk berbual-bual dengan ahli sidang sendiri. Malam inipun ada kelapangan sedikit selepas urusan pentadbiran untuk road relay besok. Berkumpul pantas di hadapan asrama, berkejaran selepas keluar baris untuk makan, masa mandi dan basuh baju yang tidak menentu, press support sambil menunggu rakan platun lain yang belum sampai di atas tar panas yang begitu 'nyaman', half loreng berlarian mengelilingi bangunan membayar 'harga' makan tengahari di bawah terik matahari, berkawad ke 'sauna' ilmu, beratur menyantuni mesin gedegang atau mencicip aiskrim Malaysia RM1... Semuanya menjadi begitu serasi dalam tempoh 5 hari ini. Syukurlah tiada smart phone, semuanya dapat tidur dengan aman saat memuat turun...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 10

2020 tahun yang mengujakan bagi kami semua kadet PTD. Ada yang masuk bujang, keluar berpasangan. Masuk berdua, keluar bertiga. Harap tiada yang masuk berdua, keluar bersendirian. Yang pasti, masuk kabinet lama, keluar kabinet baru. Tiada siapa janjikan perjalanan yang mudah untuk kami. Namun, apa juga kepayahan takkan kekal lama. Kelalaian hari ini akan membawa kesakitan hari esok. Demikian juga kesakitan hari ini akan dinikmati hasilnya hari esok. Hari ini sidang 4 dan 5 (sidang aku) akan bermula modul Orientasi Pertahanan Negara di Kem ATD Port Dickson. Untuk merasai secebis perjalanan hidup para pejuang negara. Mendengar cerita takkan sama dengan melaluinya sendiri. Sidang 1 dan 2 telah berjaya menempuhnya dan pulang dengan pelbagai cerita. Menarik sekaligus mencabar. Awal pagi lagi Alang dah siap memberi command dalam baris. Bertenaga! Masuk ke mode yang berbeza. Menyarung loreng ini merupakan sebuah kebanggaan. Tak semua orang dapat merasa. Bangga menjadi rakyat Malaysia y...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 9

1 bulan. Tempoh yang relatif. Panjang untuk perpisahan yang ditanggung, pendek dibandingkan 9 bulan berbaki yang bakal ditempuh. 1 bulan ini telah banyak perkara baru yang aku cuba, teman baru yang aku temui, dunia baru yang aku rasai. Deep inside, aku memang merasakan bahawa DPA ini adalah sebuah journey untuk aku mengubah diri, membuat transformasi dalam hidup. Mencuba sesuatu yang tidak pernah aku buat atau tak berani nak buat sebelum ini, menanggung kerja yang menarik aku keluar daripada comfort zone, memberi lebih daripada sekadar biasa. Keluar daripada habit dan tabiat yang tidak membina dan membiasakan diri dengan rutin baru yang lebih sihat. Momentum, bukan senang nak kekalkan. Aku harap di sinilah ruang yang akan menyuntik semangat positif yang berterusan. Semangat yang terbina daripada persekitaran yang mencabar tetapi mendorong untuk terus maju ke depan. Bila kawan-kawan buat kesilapan, kita tidak biarkan. Kita pesan elok-elok dan kata, "try again, you can...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 8

"Anda semua hebat, tapi keputusan tetap perlu dibuat", kata Iqbal, Exco Kepimpinan dan Protokol MPP ketika menyampaikan keputusan pertandingan talent time antara sidang 3, 4 & 5 pada malam 15 Februari 2020. Semua orang telah memberikan yang terbaik yang mereka ada. Menghasilkan persembahan yang pelbagai mengikut sidang masing-masing. Hakikatnya semua telah menang dalam memberikan usaha yang tinggi. Semua telah menang di hati sidang masing-masing. Aku rasa dalam kerjaya PTD ini juga begitu. Terlupa ada seseorang pernah sebut, we are not here as PTD to win only, we are here to win-win. Akan ada pelbagai pandangan, pelbagai hasil, pelbagai masterpiece yang akan dikeluarkan oleh individu dan kumpulan yang berbeza-beza yang masing-masing memiliki kekuatan tersendiri. Jika semua pihak nak menang dalam semua perkara, tidak akan ada proses rundingan yang dapat mencapai kata sepakat. Sedangkan keputusan perlu dibuat. Perlu ada pertimbangan asas yang dipersetujui sebagai ...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 7

"Pelepasan minggu ini dibatalkan" Sentap. Terbayang wajah anak dan isteri yang setia menanti. Menyesal memberi janji yang tidak pasti. Rasa macam nak terus tidur dan hopefully bangun besok pagi pengumuman di whatsapp tersebut dah 'deleted for everyone'. Namun inilah realiti. Ia tak selalu seindah imaginasi. Ini adalah medan sebenar latihan ketahanan diri dan kekuatan emosi. Biarlah tangisan di hati ini menjadi siraman untuk masa depan yang gilang gemilang, demi yang tersayang. What comes to me doesn't matter. Bagaimana cara aku merespons adalah lebih penting. Aku masuk ke sini memang dengan persiapan mental untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan. Aku masuk dalam keadaan sedar, aku telah membuat pilihan tanpa dipaksa. Aku sangat tahu, tempoh ini akan sangat mencabar. Namun aku manusia biasa, terkadang azam melemah dalam beberapa kitaran malam dan siang. Perlu kepada energizer dan kawan-kawan yang positif dan matang. Jika bisikan melemahkan lebih banyak...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 6

Professional, speed & integrity. Itulah 3 teras civil servant yang disampaikan dalam ucapan Dato' Khairul Adib, KPPA, semasa GI. Sebelum ini bila berada di luar daripada laluan perkhidmatan awam ini, banyak persepsi yang aku ada terhadap pegawai kerajaan dan kerajaan sendiri. Banyak bentuk generalization berlaku. "Pegawai kerajaan memang macam sekian dan sekian. Orang 'gomen' ni macam ni dan macam tu. Sepatutnya begini dan begitu." Bila dah masuk sendiri ke dalam gerbang perkhidmatan awam ini, terasa semua expectation itu tertanggung di atas bahu sendiri. Dulu pandai sangat cakap, sekarang cubalah realisasikan apa yang dikata. Mahu ataupun tidak, perubahan tetap harus dilakukan terutama dalam diri sendiri untuk merintis perjalanan ini. Tidak boleh lagi melihat perkhidmatan awam daripada perspektif orang yang berada di luar yang hanya tahu memberi komen dan kritikan. Namun, akulah duta kepada jenama kerajaan, government of the day. Berada di DPA i...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 5

"On time is always late." Bukan senang untuk membentuk sikap. Di sini kadet ditekankan untuk sentiasa selangkah di hadapan, dijadikan pedoman. Bagi melangkah lebih laju merintis keunggulan, banyak semak samun yang perlu aku tebas dalam hati dan pemikiran. Hati yang begitu banyak kehendak dan pemikiran yang begitu banyak alasan. Ini minggu ketiga aku berada di sini. Minggu pertama bermulanya modul akademik. 2 minggu bina sahsiah ternyata tidak cukup untuk membentuk disiplin yang kuat melekat dalam keperibadian setiap daripada kami. Tidak ada siapapun suka hidupnya dikawal dengan aturan yang ketat. Akupun lebih suka hidup bebas dan fleksibel. Namun tanpa kawalan dan dorongan, aku tidak dapat mengeluarkan potensi diri aku yang tersimpan dan sebenarnya boleh digilap sehingga bersinar. Sehebat-hebat pemain sukan, tetap memerlukan seorang coach. Walaupun coach tidak mampu bermain dengan lebih cantik daripada pemain, namun coach mampu menjadikan pemain dapat berkembang sih...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 4

"Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya." Bila dapat result berjaya temuduga dan ditawarkan ke DPA, ibulah orang pertama yang aku beritahu. Seperti ibu-ibu lain, beliau pastinya begitu gembira dan lega, boleh dirasai daripada intonasi suaranya yang menenangkan. Manakan tidak, semalaman beliau tidak tidur pada malam sebelum temuduga, mengaji Quran dan tak putus berdoa. Lancar tutur kata bukan hanya kerana informasi di minda, tetapi lebih utama adalah berkatnya doa bonda. Seterusnya adik aku, perbualan telefon yang hampir sepi daripada kata-kata kerana di sini dan di sana hanya mampu menangis gembira. Dia beria-ia belikan aku sepasang suit untuk temuduga walaupun belum tentu aku berjaya. Inilah cinta yang tidak bersyarat. Entah mengapa masuk ke laluan perkhidmatan PTD ini begitu syahdu kurasa, walaupun sehingga kini aku tak mampu menjawab secara lancar dan pasti sebab konkrit nak jadi PTD. Mungkin kerana tahun kelima mencuba, mungkin juga kerana begitu besar hara...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 3

"Saya tak percaya yang kamu semua baru berkenalan satu hari." Sudah seminggu sejak ungkapan itu aku dengar daripada Pak Let, namun masih terngiang-ngiang dalam sanubari. Satu ekspresi yang tuntas menggambarkan suasana dan keadaan yang kami lalui sepanjang Group Integration. 407 personaliti daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama. 3 pemegang PhD, 86 pemegang ijazah sarjana, 318 pemegang ijazah sarjana muda. Namun semuanya seakan blended dan sukar dilihat titik beza. Berkumpul dalam satu suasana yang penuh dengan kasih sayang dan persaudaraan. Mungkin kerana kasih antara kami semua baru bermula dan berputik sehingga yang kelihatan hanya yang indah belaka, atau jiwa kami begitu besar dan serasi sehingga perbezaan menjadi modal kedekatan. Anugerah berada di laluan ini dah cukup bermakna dan aku syukuri, anugerah bertemu dengan jaringan yang luar biasa ini berkali-kali lebih berharga. Inilah wajah-wajah yang bakal menemani kayuhan selama 10 bulan ini, sebagaim...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 2

"Our DNA is to help people." Slot bersama Dato' Khairul Adib, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di hari terakhir GI meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi aku. Kata beliau, dulu tak ramai peratus kejayaan mendapat tempat sebagai PTD. Hanya sekitar 0.5% sahaja. Bahkan sekarang ternyata lebih mencabar. Kami yang terpilih ini hanyalah 0.29% sahaja daripada sejumlah yang memohon. Betapa bernilainya ruang dan peluang ini. Ruang menabur bakti untuk pertiwi. Peluang yang begitu berharga sekaligus amanah yang begitu berat untuk dipikul. "PTD is not just another job, it is a career of helping others. People need you." Hati aku bagai direntap ke alam kesedaran yang begitu berat. With great power comes great responsibilities. The first line of defence for our country is diplomacy, itu pesan beliau. Berada pada laluan yang strategik ini memberikan satu aura yang begitu unik untuk terus melangkah ke hadapan, demi berkhidmat untuk negara. Di sini bukan lalu...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 1

AKSARA. Elemen teras sepanjang DPA. Aku cukup suka dengan elemen-elemen ini. Attitude-sikap, Knowledge-pengetahuan, Skills-kemahiran, Adaptability-penyesuaian, Resilience-ketahanan dan Agility-ketangkasan.  Above all, sepanjang seminggu ini ditekankan bahawa attitude adalah antara komponen yang tersangat penting sepanjang DPA ini, bahkan beyond this period.  Suatu kursus yang digambarkan oleh Dr. Jamaluddin, Ketua Kluster Pembangunan Professional dan Etika, sebagai challenging, demanding and interesting. The only course of its kind. 4 prinsip yang ditekankan oleh beliau untuk berjaya dalam DPA: 1)TEACHABLE. Boleh diajar. Kena bersedia untuk learn, unlearn and relearn. Kami 407 peserta yang datang daripada latar belakang berbeza pasti akan berhadapan dengan banyak cabaran dalam proses ini. 2)TEAMWORK. Kena sentiasa pegang prinsip ONE FOR ALL, ALL FOR ONE. Never leave your man behind. Ini adalah network yang akan functioning sampai bila-bila. ...