Posts

Showing posts from March, 2020

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 14

"Bilakah semua ini akan berakhir?" Persoalan yang ligat bermain dalam pemikiran kami. Tiada jawapan yang pasti. Angka positif COVID-19 semakin bertambah, tempoh RMO juga tidak dapat dipastikan.  2 bulan, segalanya kelihatan lancar. Tidak pernah terjangka suasana akan tiba-tiba berubah, begitu cepat. Sesuatu yang selalu dirindui, kini sudah sering bertemu, bahkan dilarang berpisah. Sesuatu yang sering bersama sebelum ini, sudah menjadi sebuah kerinduan. Hampir seminggu rupanya. Terasa janggal apabila budaya hidup selama dua bulan harus melalui perubahan. Bagaimana agaknya nanti setelah 10 bulan harus melangkah kaki ke kementerian? Tiada PT mahupun perhimpunan pagi.  Bertalu-talu mesej whatsapp masuk setiap hari. Cerita dan diskusi silih berganti. Cerita makan, cerita seram, cerita... macam-macam. Lebih padu angka mesej Whatsapp sidang berbanding angka positif COVID-19.  Di sinilah aku merasa teruji dengan komponen AKSARA yang ke-4. Bukan senang nak mengubah kebiasaan. Tak ...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 13

Terasa rindu akan anak-anak dan isteri. Baru 6 hari hilang perhubungan semenjak berada di OPN ini. tak dapat nak bayangkan kerinduan yang ditanggung oleh barisan pertahanan di perbatasan negara yang berbulan-bulan berjauhan dengan keluarga. Bonda senyum riang menerima bahtera merdeka putera puteri sayang sedang berjuang Sayu menyanyikan lagu ini. Cuba menjiwai segala perasaan yang terkumpul dalam bait-bait liriknya yang mendalam. Jalan menuju kemerdekaan kita hari ini penuh dengan kisah pengorbanan wira bangsa. Sebahagiannya tidak pernah didendang. Namun darah mereka telah menjadi baja kepada suburnya keamanan hari ini. Mempertahankan kemerdekaan ini setelah ia diraih juga tidak sepi daripada gugurnya para pejuang tanah air. Tersentuh apabila Kol. Abdul Latif Harun menyebut 3 perkataan sahaja yang menggambarkan keadaan ketika KESBAN dilaksanakan dalam rangka memutihkan kawasan komunis, "blood, shed and tears". Sekitar 60 jentera berat untuk tujuan pembangunan pernah dimusnahk...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 12

 Selesai sudah road relay pagi tadi melibatkan 8 sindiket daripada 4 platun. setiap sindiket mengandungi 15 orang bercampur lelaki dan perempuan. Kami telah merentasi 6 acara utama: 1. Mengangkat armor box berlair di pesisiran pantai. 1 sindiket hanya perlu mengangkat 2 armor box besar dan 2 armor box kecil. 2. Hiking dan trekking tanpa membawa sebarang beban 3. Menjawab 5 soalan kuiz seterusnya mengikat serta mengangkat stretcher kosong.  4. Mengangkat log (batang kayu balak) 5. Mengangkat tayar, 1 besar dan 1 kecil. 6. Merentasi halangan: piramid, monkey bar, stepping stone, crawl di bawah kawat duri, lompat merentas air. Kemudian terus berlari menuju garisan penamat. Jarak yang dianggarkan sekitar 5km itu dihadapi oleh semua sindiket dengan masa lebih kurang 1 jam. Alhamdulillah semuanya tiba dengan selamat tanpa kecederaan berat.  Syukur pihak ATD telah menyediakan kami selama 5 hari untuk berhadapan dengan hari ini.  Semuanya kalau boleh nak menang. Namun jika h...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 11

Hari kelima di OPN. Baru sempat membuat sebuah coretan kenangan. Sejak tiba di Kem ATD Port Dickson 2 Mac lalu, masa terasa berjalan begitu laju. Banyak wajah yang seakan tidak kelihatan sepanjang 5 hari ini. 2 hari kebelakangan ini baru terasa ada sedikit masa untuk berbual-bual dengan ahli sidang sendiri. Malam inipun ada kelapangan sedikit selepas urusan pentadbiran untuk road relay besok. Berkumpul pantas di hadapan asrama, berkejaran selepas keluar baris untuk makan, masa mandi dan basuh baju yang tidak menentu, press support sambil menunggu rakan platun lain yang belum sampai di atas tar panas yang begitu 'nyaman', half loreng berlarian mengelilingi bangunan membayar 'harga' makan tengahari di bawah terik matahari, berkawad ke 'sauna' ilmu, beratur menyantuni mesin gedegang atau mencicip aiskrim Malaysia RM1... Semuanya menjadi begitu serasi dalam tempoh 5 hari ini. Syukurlah tiada smart phone, semuanya dapat tidur dengan aman saat memuat turun...

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 10

2020 tahun yang mengujakan bagi kami semua kadet PTD. Ada yang masuk bujang, keluar berpasangan. Masuk berdua, keluar bertiga. Harap tiada yang masuk berdua, keluar bersendirian. Yang pasti, masuk kabinet lama, keluar kabinet baru. Tiada siapa janjikan perjalanan yang mudah untuk kami. Namun, apa juga kepayahan takkan kekal lama. Kelalaian hari ini akan membawa kesakitan hari esok. Demikian juga kesakitan hari ini akan dinikmati hasilnya hari esok. Hari ini sidang 4 dan 5 (sidang aku) akan bermula modul Orientasi Pertahanan Negara di Kem ATD Port Dickson. Untuk merasai secebis perjalanan hidup para pejuang negara. Mendengar cerita takkan sama dengan melaluinya sendiri. Sidang 1 dan 2 telah berjaya menempuhnya dan pulang dengan pelbagai cerita. Menarik sekaligus mencabar. Awal pagi lagi Alang dah siap memberi command dalam baris. Bertenaga! Masuk ke mode yang berbeza. Menyarung loreng ini merupakan sebuah kebanggaan. Tak semua orang dapat merasa. Bangga menjadi rakyat Malaysia y...