Posts

Showing posts from 2022

Tinta PP 2022 (9) - Inilah Harinya

Inilah harinya. 1 Disember 2022. Hari yang aku tunggu-tunggu sejak memulakan perjalanan ini pada 14 Februari 2022. Betapa perasaanku bercampur baur dan tak dapat nak diungkap secara jelas dengan kata-kata. Keterujaan luar biasa yang tak dapat nak dibendung lagi. Begitu dalam mengusik hati.  Terbayang senyuman bahagia si dia menyambut aku kembali ke pangkuan nanti dengan pelukan erat penuh kesyukuran. Terbayang pancaran kebahagiaan si kecil yang berlari untuk kudakap melepas rindu. Aku bertahan selama ini demi membawa pulang kepuasan ini.  Aku ingin segera pulang ke pangkuan keluarga di kampung yang tidak putus berdoa dan menaruh harapan. Terlihat kebanggaan yang bersinar jelas di wajah mereka. Hari ini, aku merasa diri menjadi insan yang paling dihargai. Aku merasa sangat bahagia dapat menunaikan harapan mereka.  Segala lelah berkubur sudah. Terkenang kembali segala keperitan yang kutanggung di Port Dickson, hutan gelita yang menemani di Ulu Kinta, gelora di Lumut yang me...

Tinta PP 2022 (8) - Mimpi-mimpimu

Ketika kamu gagal dalam suatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha. Jangan pernah sesekali takut untuk mencuba kerana tanpa mencuba kita tidak tahu akan keberhasilannya. Jika berhasrat untuk menjadi orang berjaya, mula dari sekarang. Cuba untuk melakukan perkara yang bermanfaat. Jangan merasakan untuk berhenti dengan apa yang kamu telah usahakan selama ini kerana langkahmu sudah terlalu jauh untuk menyerah. Kebahagiaan itu mudah, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki saat ini, dan jangan sesekali iri hati dengan kejayaan orang lain. Abaikan sahaja orang yang meremehkan usahamu. Tetapi jangan sesekali kita meremehkan diri kita sendiri. Kadang-kadang kita fikir kehidupan mereka lebih baik tetapi mungkin kehidupan mereka lebih sukar daripada kita. Apa yang membezakannya adalah mereka tidak mengeluh. Setiap orang ada perjalanan hidup yang berlainan. Haluan yang berbeza. Mungkin bukan hari ni, esok. Mungkin bukan esok, lusa. Mungkin bukan di dunia, ta...

Tinta PP 2022 (7) - Keseimbangan adalah Pencapaian

31 minggu telah berlalu. Hanya 11 minggu berbaki untuk kamu menghabiskan perjuangan murni ini. Perjuangan menyiapkan diri untuk berbakti kepada insan.  Kehebatan yang telah kita raih akan luput jika manfaatnya tidak dapat dinikmati oleh manusia lain. Segala yang kita perjuangkan tidak patut terhenti pada agenda peribadi. Matlamat yang jauh dan besar akan membantu kita konsisten dan bertahan dalam kesukaran.  Keseimbangan adalah sebuah pencapaian bagi kita. Sesuatu yang seimbang akan stabil dan boleh bertahan lama. Dek kerana besarnya nilai keseimbangan, maka besar jualah pengorbanan yang harus ditanggung dalam meraihnya. Pencapaian yang bagus dalam kelas-kelas akademik belum menjamin seseorang mampu melaksanakan kerja secara efisien. Ia perlu disulam dengan pengalaman dan latihan praktikal yang berterusan. Tubuh badan yang sihat dan kuat belum menjamin seseorang mampu bertahan diasak dengan latihan fizikal yang intensif, ia perlu didokong oleh mental yang kuat dan jiwa yang pe...

Tinta PL 2022 (6) - Dimensi Kepimpinan

Alhamdulillah, pilihan raya Penggal 2 telah selesai, dan barisan kepimpinan baharu MPP telah dibentuk hasil pilihan peserta. Tahniah pasukan JPR atas penganjuran yang sangat lancar.  Kepimpinan adalah amanah, sekaligus anugerah. Dalam setiap tugasan yang dipikul, ada hasil yang akan dirangkul. Namun, pada setiap pencapaian yang dimaksud, ada pengorbanan yang bakal dituntut.  Setiap orang pasti akan ditanya, yang memimpin dan yang dipimpin. Tugas seorang pemimpin itu berbakti sepenuh hati, tugas yang dipimpin itu memberi percaya dan sepenuh taat setia. Tamat sudah saat menabur janji, tiba saat menabur bakti. Tamat fasa membuat pilihan, tiba fasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi.  Program DPA ini adalah sinergi, antara MPP dan AJK sidang, antara MPP dan peserta, antara sidang, sesama peserta, bahkan antara peserta dan SKPMI. MPP adalah perantara ke arah sinergi yang lebih jitu dan padu. Matlamat kita satu, tiba ke akhir garisan dengan penuh kepuasan. Ayuh diredam sega...

Tinta PL 2022 (5) - Ilmu itu Cahaya

Selamat pulang berjumpa keluarga yang tersayang. Pastinya keterujaan kamu sedang tinggi, diselangi keresahan menuju ke SPP. Bercampur baur antara gembira dan risau, antara takut dan harap. Itulah lumrah. Bersama sebuah kesusahan ada banyak kesenangan. Mungkin datang bergantian, mungkin datang seiringan. Demikian janji Tuhan yang diabadikan bagi insan, sampai ke akhir kehidupan. Seringkali sebuah kesusahan itu mengaburi segala kesenangan yang telah dan sedang kita nikmati. Setiap sesuatu akan berlaku pada masanya yang ditentukan. Kita perlu kuatkan kesabaran. Kesabaran itu sebahagian daripada tanda syukur. Hanya orang yang tahu menghargai dan berterima kasih yang sanggup tabah menanggung segala jerih perih. Empat bulan telah menjadi sejarah yang kamu sendiri lakarkan. Yang ditempuh mungkin sama, yang dirasakan berbeza-beza. Pilihan masing-masing telah menentukan pahit atau manisnya kenangan yang akan dibawa. Enam bulan masih berbaki untuk kamu mencorakkan perjalanan ini bersama-sama. Ja...

Tinta PL 2022 (4) - Having Each Other

Program DPA ini adalah sebuah perjuangan yang akan menumpahkan banyak keringat dan air mata. Air mata mengalir bersama isi hati yang tersirat dan tak mampu diungkapkan oleh kata-kata.  Banyak perkara yang telah dan akan terus menguji daya ketahanan serta ketabahan kamu. Baik modul yang penuh dengan tugasan atau program dan aktiviti yang tidak bertemu noktah. Back to back. Masa rehat yang panjang dan tenang belum kunjung tiba dalam jadual yang menuntut komitmen hampir setiap waktu.  Semangat yang pada awalnya dikumandangkan boleh jadi semakin pudar dalam suasana yang mula subur dengan keluhan. Seolah-olah dua bulan ini adalah saat paling perit sepanjang hidup. Mengubah seorang jaguh korporat dan universiti kepada insan yang mula pasrah dan menyerah.  Tampil segar dan ceria secara luaran tetapi lesu secara dalaman. Burnout menjadi slogan yang dikongsi di sana-sini. Mungkin rasa macam nak burst.  Tangisan itu boleh menjadi ubat kepada keperitan yang dialami. Melepaskan ...

Tinta PL 2022 (3) - Hidup Suatu Latihan

Anggaplah kisah dan pengalaman hidup sebagai suatu LATIHAN sebelum menjadi manusia yang luar biasa. Walaupun kisah itu berkaitan kegembiraan dan kejayaan, namun ia juga merupakan salah satu ujian Allah dan latihan kehidupan kepada kita. Cuba kita lihat contoh di zaman Khulafa Ar-Rasyidin dan beberapa khalifah dinasti Umayyah , akhirnya berjaya menguasai hampir sepertiga dunia. Jack Ma sebelum berjaya bersama AliBaba Group, beliau diuji dengan kemiskinan. Ramai orang mengatakan tindakan gila kepada Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranum dahulu tetapi kini berjaya menjadikan AirAsia sebagai syarikat tambang murah terbaik. Dr. APJ Abdul Kalam pernah jatuh kerana kegagalannya kali pertama melancarkan roket pertama India tetapi akhirnya menjadi Presiden India ke-11 yang disayangi rakyatnya. Saya, anda Peserta Program DPA INTAN 2022 dan ramai orang di dunia mampu untuk menangani kejayaan tetapi berapa ramai yang mampu menangani kegagalan. Perjalanan Program DPA ini ada masanya kita ketaw...

Tinta PL 2022 (2) - Keberanian Melangkah

Tanpa keberanian, mimpi tidak akan pernah menjadi sebuah kenyataan. Keberanian telah membawa kamu ke sini. Meninggalkan pekerjaan yang bergaji lebih besar sedangkan komitmen kewangan bulanan keluarga masih tinggi. Meninggalkan bidang yang telah lama kamu tekuni ke satu dunia yang berbeza sama sekali.  Walaupun hujungnya belum pasti, kamu sanggup tempuhi tempoh 10 bulan yang perit ini. Meninggalkan pasangan yang tidak pernah sama sekali berjauhan. Meninggalkan anak-anak yang masih perlu dibuai dan disusui, atau isteri sedang sarat dengan cahaya mata pertama yang lama dinanti. Semuanya demi sebuah mimpi yang ingin kamu jadikan kenyataan. Setelah hampir dua bulan berlalu, adakah keberanian itu masih berakar umbi? Atau malap diselubungi realiti yang sedang kamu lalui?  Dahulu, mungkin kamu paling petah berkata-kata di pejabat dan mesyuarat. Di sini, kamu melihat begitu ramai insan yang lebih hebat dan berbakat.  Dalam realiti dahulu, kamu mungkin seorang pengurus yang sangat ...

Tinta PL 2022 (1) - Sebuah Penerokaan

Program DPA adalah sebuah siri penerokaan dalam hidup kamu. Penerokaan yang panjang. Kamu akan menerokai potensi-potensi yang lama tersimpan dalam diri sendiri. Potensi yang mungkin pernah digilap namun kian malap. Potensi yang mungkin dulu pernah mekar namun kian layu. Tenggelam bersama panjangnya masa yang berlalu dalam pencarian arah tuju kehidupan. Usang bersama sijil-sijil yang lapuk dalam simpanan. "Saya cekap bab itu, tapi itu DULU..." "Saya PERNAH menang, tapi bukan sekarang..." "Masa saya dah BERLALU..." Bisikan itu halus, namun berjaya menembus. Mungkin juga potensi itu memang tidak pernah dibongkar. Ditanam begitu dalam oleh sistem kepercayaan sendiri yang menyekatnya daripada terus tumbuh dan bercambah. Mungkin mati dibajai persekitaran kontang yang tidak pernah mendorongnya untuk hidup subur. Potensi itu ada, namun tak pernah disapa oleh sesiapa. "Maaflah, saya memang tak pernah dan tak boleh..." "Saya takut saya diketawakan ora...