Tinta PP 2022 (8) - Mimpi-mimpimu

Ketika kamu gagal dalam suatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha. Jangan pernah sesekali takut untuk mencuba kerana tanpa mencuba kita tidak tahu akan keberhasilannya.

Jika berhasrat untuk menjadi orang berjaya, mula dari sekarang. Cuba untuk melakukan perkara yang bermanfaat. Jangan merasakan untuk berhenti dengan apa yang kamu telah usahakan selama ini kerana langkahmu sudah terlalu jauh untuk menyerah.

Kebahagiaan itu mudah, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki saat ini, dan jangan sesekali iri hati dengan kejayaan orang lain. Abaikan sahaja orang yang meremehkan usahamu. Tetapi jangan sesekali kita meremehkan diri kita sendiri.

Kadang-kadang kita fikir kehidupan mereka lebih baik tetapi mungkin kehidupan mereka lebih sukar daripada kita. Apa yang membezakannya adalah mereka tidak mengeluh. Setiap orang ada perjalanan hidup yang berlainan. Haluan yang berbeza. Mungkin bukan hari ni, esok. Mungkin bukan esok, lusa. Mungkin bukan di dunia, tapi ia tersimpan di akhirat.

Tuhan takkan gagalkan kita tanpa sebab. Tuhan gagalkan kita untuk hubungkan dengan kejayaan yang lebih baik.

Biarkan drama berlaku disekeliling kita. Biar suatu masa nanti, kejayaan yang membuktikan siapa diri kita suatu hari nanti. Jadilah lilin yang menyalakan lilin lain kerana kebahagiaan takkan habis dibahagi sesama makhluk hidup. Anggaplah ujian ini adalah permulaan kepada kemanisan kejayaan.

Bermimpilah setinggi langit, lalu bekerja keraslah mengejar mimpi itu. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ada akhirnya dan ada kebahagiaan menunggu di hujung jalan.

Mengapa? Kerana Tuhan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita.

Insyaallah. Teruskan berusaha. Teruskan mengejar mimpi-mimpimu.

PP AI
28 September 2022

Semoga bermanfaat

Comments

Popular posts from this blog

DPA 2020 : Apakah Kesudahannya?

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 17

Pesan PL 2021 - Bhgn 4