Jurnal DPA 2020 - Bhgn 9
1 bulan. Tempoh yang relatif. Panjang untuk perpisahan yang ditanggung, pendek dibandingkan 9 bulan berbaki yang bakal ditempuh. 1 bulan ini telah banyak perkara baru yang aku cuba, teman baru yang aku temui, dunia baru yang aku rasai. Deep inside, aku memang merasakan bahawa DPA ini adalah sebuah journey untuk aku mengubah diri, membuat transformasi dalam hidup. Mencuba sesuatu yang tidak pernah aku buat atau tak berani nak buat sebelum ini, menanggung kerja yang menarik aku keluar daripada comfort zone, memberi lebih daripada sekadar biasa. Keluar daripada habit dan tabiat yang tidak membina dan membiasakan diri dengan rutin baru yang lebih sihat. Momentum, bukan senang nak kekalkan. Aku harap di sinilah ruang yang akan menyuntik semangat positif yang berterusan. Semangat yang terbina daripada persekitaran yang mencabar tetapi mendorong untuk terus maju ke depan. Bila kawan-kawan buat kesilapan, kita tidak biarkan. Kita pesan elok-elok dan kata, "try again, you can...