Jurnal DPA 2020 - Bhgn 5
"On time is always late."
Bukan senang untuk membentuk sikap. Di sini kadet ditekankan untuk sentiasa selangkah di hadapan, dijadikan pedoman. Bagi melangkah lebih laju merintis keunggulan, banyak semak samun yang perlu aku tebas dalam hati dan pemikiran.
Hati yang begitu banyak kehendak dan pemikiran yang begitu banyak alasan.
Ini minggu ketiga aku berada di sini. Minggu pertama bermulanya modul akademik. 2 minggu bina sahsiah ternyata tidak cukup untuk membentuk disiplin yang kuat melekat dalam keperibadian setiap daripada kami.
Tidak ada siapapun suka hidupnya dikawal dengan aturan yang ketat. Akupun lebih suka hidup bebas dan fleksibel. Namun tanpa kawalan dan dorongan, aku tidak dapat mengeluarkan potensi diri aku yang tersimpan dan sebenarnya boleh digilap sehingga bersinar.
Sehebat-hebat pemain sukan, tetap memerlukan seorang coach. Walaupun coach tidak mampu bermain dengan lebih cantik daripada pemain, namun coach mampu menjadikan pemain dapat berkembang sihat dengan memastikan satu perkara terjaga, DISIPLIN.
Sesetengah orang memilih untuk push diri dengan membayar personal trainer untuk memastikan dirinya dapat berdisiplin untuk bersenam dan workout, bukannya murah. Aku di sini diberi latihan intensif dan kawalan disiplin yang ketat tanpa perlu membayar bahkan dibayar.
Itulah yang membuatkan aku sangat menghargai saat ini.
Begitu besarnya ruang ini untuk dimanfaatkan dalam tempoh 10 bulan yang sangat berharga ini.
Ada masa aku ingin mengeluh. Namun, nikmat ini ternyata anugerah yang sangat besar. Malu untuk aku mengeluh pada kurniaan yang bermakna ini.
Terlalu banyak benda yang telah kami korbankan bersama. Ada yang berpisah jauh daripada anak-anak dan isteri. Ada yang baru menimang cahaya mata namun terpaksa ditinggalkan.
Ada yang terpaksa berjauhan dengan pasangan yang baru dinikahi. Ada yang menanggung hutang demi mendaftar masuk ke sini. Ada yang meninggalkan gaji besar dan pangkat yang tinggi untuk berada di sini.
Tentunya ada perkara besar yang masing-masing kami ingin capai. Dan perkara besar itu pastinya menuntut pengorbanan yang besar. Bukan hanya pengorbanan peribadi, tetapi juga pengorbanan orang-orang yang kami kasihi.
Biar apapun kesukaran yang akan aku tempuh, aku perlu sentiasa ingatkan diri untuk tetap menjaga disiplin, demi meraih yang terbaik untuk suatu tempoh ini.
Itu semua bukan untuk ditunjuk buat mendapat pujian manusia lain kerana manusia takkan pernah dapat dipuaskan.
Itu semua adalah sebuah perjalanan untuk aku menebas segala semak samun dalam hati dan pemikiran untuk learn, unlearn dan relearn.
Aku ke sini bukan untuk bermain-main, bukan untuk melemah pada setiap saat yang terasa susah, bukan untuk mengeluh pada setiap perkara yang perlu ditempuh.
Ini pilihan aku, dan aku memilih untuk sentiasa positif dengan apa juga yang bakal ditempuh.
Ada satu ungkapan, "sebenarnya bukan anda tidak boleh berjaya, tetapi anda tidak sanggup membayar harga kejayaan."
Respect time. Try again.
ZY
5 Februari 2020

Comments
Post a Comment