Jurnal DPA 2020 - Bhgn 17
5 Julai yang lalu telah berlangsung pilihan raya MPP untuk penggal kedua.
Ramai yang bertanding daripada pelbagai sidang. 30 lebih calon. Video, poster, forum telah menjadi platform berkempen bagi semua calon.
Pilihan raya kali ini agak menarik kerana masing-masing lebih mengenal calon-calon setelah 1 penggal bersama.
Lebih sengit dan lebih bertenaga. Macam-macam sticker keluar. Macam-macam video menarik yang dihasilkan. Syabas kepada semua calon yang bertanding.
Selamat bertugas kepada barisan MPP Penggal 2 yang telah dilantik.
Hakikatnya, setiap PTD adalah pemimpin. Selepas tamat DPA, kita akan memimpin anak buah di pelbagai peringkat dan kementerian.
Di sini adalah platform untuk mengasah bakat kepimpinan. Belajar mengenali diri, gaya kepimpinan dan belajar mengenali orang lain yang akan dipimpin.
Jawatan itu datang bersama amanah. Amanah perlu ditanggung dengan kekuatan. Kekuatan perlu dibina secara berterusan. Belajar dan timba pengalaman supaya kita akan sentiasa berkembang.
Jawatan bukanlah suatu kebanggaan. Ia adalah sebuah tanggungjawab. Kata orang, tanggung di dunia, jawab di akhirat.
Apa yang penting adalah kita harus mempunyai semangat untuk membantu orang lain dan menjadi agen perubahan dalam masyarakat ke arah yang lebih baik.
Semoga Allah bantu dan beri kekuatan kepada para pemimpin untuk bersikap adil dan kuat menanggung beban.
ZY
16 Julai 2020
Comments
Post a Comment