BERSEDIA BERUBAH DAN SENTIASA BELAJAR PERKARA BAHARU

Salam sejahtera warga Bitarawangsa,

Alhamdulillah, gembira melihat wajah-wajah warga Bitarawangsa di pelbagai kementerian untuk melalui modul SPP siri yang pertama. Siri kedua bakal menyusul bulan hadapan.


Dalam kegembiraan dan keterujaan, jangan lupa untuk sentiasa menjaga adab di tempat orang, dan sentiasa berhati-hati dalam menghantar sebarang _post_ di media sosial.


Sedar tak sedar, 6 bulan sudah kita lalui program DPA di INTAN. Sejauhmanakah 6 elemen A.K.S.A.R.A. telah dapat kita hayati dan amalkan?


Pengukuhan setiap elemen tersebut menuntut kita untuk sentiasa bersedia berubah menuju ke arah yang lebih baik dalam segenap sudut. Bersedia mendengar nasihat dan menerima kritikan secara positif daripada sesiapapun.


Kita harus sentiasa menanamkan semangat untuk belajar tanpa jemu. Jika kita merasa kita yang paling tahu semua perkara, sukar untuk kita menghargai orang lain dan mengembangkan potensi diri kita yang tersimpan.


Ambil peluang ini sebaik mungkin. Berkenal-kenalan, bina jaringan, rajin-rajin bertanya, be humble, sentiasa proaktif dan berfikir jauh ke hadapan.


Ingat rangkap yang sering kita lantunkan:


"Sentiasa selangkah di hadapan, dijadikan pedoman."


Kami juga ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Modul Pengurusan Sumber Manusia kepada ahli Rentaka.


Semoga cemerlang selalu buat semua!


MPP PROGRAM DPA INTAN

PENGGAL 2 TAHUN 2020


Comments

Popular posts from this blog

DPA 2020 : Apakah Kesudahannya?

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 17

Pesan PL 2021 - Bhgn 4