SEMOGA BERJAYA DAN SELAMAT MENIMBA PENGALAMAN BARU

Selamat menempuh peperiksaan dengan jayanya kami ucapkan kepada para peserta daripada Adiwangsa dan Valoria untuk Modul Kewangan Awam dan Modul Ekonomi. 

Kepada para peserta daripada Laksmada yang sedang giat menyiapkan proposal untuk Modul Research Methodology, semoga diberikan kemudahan dalam menghasilkan proposal yang terbaik dan cemerlang.


Kami juga mendoakan kepada para peserta daripada Lasykar agar dipermudahkan urusan presentation project proposal bagi modul English yang sedang dilalui.


Kepada para peserta daripada Rentaka pula, selamat membuat persediaan untuk debat ala parlimen pada minggu hadapan bagi modul Pengurusan Sumber Manusia. 


Seperti semua sedia maklum, pada minggu hadapan, para peserta daripada Adiwangsa, Valoria dan Laksmada akan menjalani modul Strategic Partnership Programme selama 5 minggu di pelbagai kementerian.


Kami ucapkan selamat berangkat dan selamat menimba pengalaman baru. Semoga sentiasa bersemangat menimba ilmu dan membentuk sahsiah diri menurut acuan A.K.S.A.R.A.


Ingat selalu pesanan Datuk Dr. Kamarudin Bin Min dalam sesi interaksi baru-baru ini di INTAN Bukit Kiara, "prepare yourself to serve the country".


Semoga berjaya!


Ikhlas daripada, 


MPP Penggal 2

Program DPA INTAN 2020


Comments