Tinta PL 2022 (4) - Having Each Other
Program DPA ini adalah sebuah perjuangan yang akan menumpahkan banyak keringat dan air mata. Air mata mengalir bersama isi hati yang tersirat dan tak mampu diungkapkan oleh kata-kata. Banyak perkara yang telah dan akan terus menguji daya ketahanan serta ketabahan kamu. Baik modul yang penuh dengan tugasan atau program dan aktiviti yang tidak bertemu noktah. Back to back. Masa rehat yang panjang dan tenang belum kunjung tiba dalam jadual yang menuntut komitmen hampir setiap waktu. Semangat yang pada awalnya dikumandangkan boleh jadi semakin pudar dalam suasana yang mula subur dengan keluhan. Seolah-olah dua bulan ini adalah saat paling perit sepanjang hidup. Mengubah seorang jaguh korporat dan universiti kepada insan yang mula pasrah dan menyerah. Tampil segar dan ceria secara luaran tetapi lesu secara dalaman. Burnout menjadi slogan yang dikongsi di sana-sini. Mungkin rasa macam nak burst. Tangisan itu boleh menjadi ubat kepada keperitan yang dialami. Melepaskan ...