Posts

Showing posts from April, 2021

Pesan PL 2021 - Bhgn 4

Hari ini bermula modul terakhir bagi setiap sidang sebelum cuti penggal. Pastinya kamu semua tidak sabar untuk menghabiskan 2 minggu ini. Mungkin pada ketika ini jarum saat terasa berdetik begitu perlahan, mencabar rasa keterujaan dan kerinduan yang tersimpan. Bayangkan perasan kamu nanti ketika tinggal lagi 2 minggu untuk tamat DPA.  Semoga itu menjadi pembakar semangat untuk tetap bertahan dengan segala cabaran. Kata Stephen R. Covey, begin with the end in mind. Lihat garis akhir perjalanan ini, bahkan go beyond. Kamu akan sedar betapa penting untuk kamu beri yang terbaik dalam segenap aspek sepanjang berada di sini. Cuba lihat di sekitar kamu. Sepanjang lebih 2 bulan dalam Program DPA ini, berapa ramai warga Batalion yang telah kamu kenali dan berinteraksi? Berapa ramai pula daripada barisan SKPMI yang telah kamu kenali dan berinteraksi? Kalau masih sedikit, apakah yang menghalang kamu untuk lebih mengenali dan mendekati rakan-rakan dan para pegawai?  Masa 10 bulan ini sing...

Pesan PL 2021 - Bhgn 3

Habis minggu ini, selesailah 10 minggu daripada 43 minggu Program DPA Tahun 2021. Mungkin ada yang melihat baru 10, terasa berat dan masih jauh. Namun, rasa berat itu boleh dikurangkan dengan hanya mengubah satu perkataan. Ubahlah 'baru' menjadi 'sudah'. Some people look at a glass of water as half empty, some people look at it as half full. Bagaimana kamu melihat keberadaan kamu di sini? Sudut pandang itu akan memberi kesan kepada perasaan dan emosi diri sendiri. Perasaan dan semangat itu boleh ditukar dengan menukar perkataan yang kamu pilih dalam perbualan kamu dengan diri sendiri sehari-hari. Pilihlah perkataan-perkataan yang positif yang boleh menjana semangat juang dalam diri. Kawal emosi. Jangan cepat melatah pada setiap masalah. Ingat, ini medan latihan di mana kamu akan berhadapan dengan pelbagai persoalan, bukan pusat bercuti dan santai untuk kamu menerima segala pelayanan. Di luar sana ramai yang masih mencari-cari peluang untuk meraih sesuatu dalam hidup. Sa...

Pesan PL 2021 - Bhgn 2

Program penuh. Duit tak cukup. Modul tak dapat dicerna. Jadual back to back. Hujung minggu rehat singkat. Masa tak ada sangat.  Nak dikira alasan untuk kita down, memang banyak. Kita down atau bersemangat, jalan ini tetap perlu ditempuh jua. Pilihan dah dibuat. Borang-borang persetujuan pun dah ditandatangani, tinggal nak hadapi tempoh berbaki. Tak ada siapa boleh hadapkan untuk kita, memang kena hadap sendiri. Hadaplah betul-betul, jangan separuh jiwa. Nanti sendiri yang merana.  Jiwa kena kuat. Jangan bergantung pada kehebatan orang lain selama-lamanya. Bina kekentalan hati sendiri di sebalik sepak terjang dan onak duri Program ini. Nanti di hujung perjalanan, bila mula melangkah ke alam perkhidmatan, kamu harus berdikari dan kuat untuk menempuh arus kerjaya, dengan nilai yang telah tersemat. Sebulan di INTAN telah berlalu dengan pantas walaupun terasa perlahan saat ia sedang berlalu. Banyak program dan aktiviti dah dirancang dan dilaksanakan. Siapa yang positif dan berseman...

Pesan PL 2021 - Bhgn 1

Alhamdulillah, hampir 2 bulan Program DPA Tahun 2021 telah berlalu. Pelbagai memori telah tercipta dalam tempoh yang relatif singkat ini. Saya percaya kamu telah mengenali pelbagai kawan baharu, bahkan merasa telah bersama keluarga baharu, Batalion. Belum sampai sebulan kamu terpisah dengan orang tersayang. Ibubapa, anak-anak, isteri, keluarga tercinta. Mungkin pada saat ini telah terasa lama berjauhan dan rindu semakin menebal. Namun, bersabarlah. Kerinduan dan kesabaran yang kamu tanggung ini akan terbayar nanti di pengakhiran. Setiap kali angin gundah gulana datang, tepislah ia dengan kejelasan matlamat dan kekuatan tekad. Kamu memilih untuk melalui jalan perjuangan ini bukan untuk pulang sebagai insan yang gagal dan mengecewakan. Misi kamu masih jauh daripada tercapai. Pilihan untuk berada di sini kamu buat dengan memahami bahawa pengorbanan itu pasti. Korban perasaan, korban wang ringgit, korban masa dan tenaga demi meraih sebuah amanah untuk berbakti. Ujian kamu tidak berhenti di...