Pesan PL 2021 - Bhgn 3

Habis minggu ini, selesailah 10 minggu daripada 43 minggu Program DPA Tahun 2021. Mungkin ada yang melihat baru 10, terasa berat dan masih jauh. Namun, rasa berat itu boleh dikurangkan dengan hanya mengubah satu perkataan. Ubahlah 'baru' menjadi 'sudah'.

Some people look at a glass of water as half empty, some people look at it as half full.

Bagaimana kamu melihat keberadaan kamu di sini? Sudut pandang itu akan memberi kesan kepada perasaan dan emosi diri sendiri. Perasaan dan semangat itu boleh ditukar dengan menukar perkataan yang kamu pilih dalam perbualan kamu dengan diri sendiri sehari-hari.

Pilihlah perkataan-perkataan yang positif yang boleh menjana semangat juang dalam diri. Kawal emosi. Jangan cepat melatah pada setiap masalah. Ingat, ini medan latihan di mana kamu akan berhadapan dengan pelbagai persoalan, bukan pusat bercuti dan santai untuk kamu menerima segala pelayanan.

Di luar sana ramai yang masih mencari-cari peluang untuk meraih sesuatu dalam hidup. Samar. Ramai yang cemburu dengan apa yang kamu ada sekarang. Peluang ini keemasan, tak semua orang dianugerahkan oleh-Nya. 

Cukuplah dengan rasa syukur itu membuat kamu tersedar dari dengkur. Lamanya berada dalam sesuatu keadaan yang selesa kadang-kadang membuatkan kita lupa untuk lebih berusaha. Sentaplah hati yang lalai dan kembalilah kepada alam kesedaran bahawa kamu berada di sini membawa segunung harapan yang takkan sanggup kamu hancurkan.

Fokus dan nikmati setiap detik yang berlalu ini. Suatu hari kamu pasti rindu.

Semoga berjaya menempuh segala peperiksaan dan penilaian esok. 

Persoalan besar dalam hidup adalah diri, sebelum persekitaran.

PL ZY
22 April 2021

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DPA 2020 : Apakah Kesudahannya?

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 17

Pesan PL 2021 - Bhgn 4