Pesan PL 2021 - Bhgn 1

Alhamdulillah, hampir 2 bulan Program DPA Tahun 2021 telah berlalu. Pelbagai memori telah tercipta dalam tempoh yang relatif singkat ini. Saya percaya kamu telah mengenali pelbagai kawan baharu, bahkan merasa telah bersama keluarga baharu, Batalion.

Belum sampai sebulan kamu terpisah dengan orang tersayang. Ibubapa, anak-anak, isteri, keluarga tercinta. Mungkin pada saat ini telah terasa lama berjauhan dan rindu semakin menebal. Namun, bersabarlah. Kerinduan dan kesabaran yang kamu tanggung ini akan terbayar nanti di pengakhiran.

Setiap kali angin gundah gulana datang, tepislah ia dengan kejelasan matlamat dan kekuatan tekad. Kamu memilih untuk melalui jalan perjuangan ini bukan untuk pulang sebagai insan yang gagal dan mengecewakan. Misi kamu masih jauh daripada tercapai.

Pilihan untuk berada di sini kamu buat dengan memahami bahawa pengorbanan itu pasti. Korban perasaan, korban wang ringgit, korban masa dan tenaga demi meraih sebuah amanah untuk berbakti.

Ujian kamu tidak berhenti di sini, ia baru bermula. Tempuhlah dengan penuh semangat dan bergelora.

Salam perjuangan dari PL, yang akan setia bersama.

PL ZY
10 April 2021

Comments