Pesan PL 2021 - Bhgn 2
Program penuh. Duit tak cukup. Modul tak dapat dicerna. Jadual back to back. Hujung minggu rehat singkat. Masa tak ada sangat.
Nak dikira alasan untuk kita down, memang banyak. Kita down atau bersemangat, jalan ini tetap perlu ditempuh jua.
Pilihan dah dibuat. Borang-borang persetujuan pun dah ditandatangani, tinggal nak hadapi tempoh berbaki. Tak ada siapa boleh hadapkan untuk kita, memang kena hadap sendiri.
Hadaplah betul-betul, jangan separuh jiwa. Nanti sendiri yang merana.
Jiwa kena kuat. Jangan bergantung pada kehebatan orang lain selama-lamanya. Bina kekentalan hati sendiri di sebalik sepak terjang dan onak duri Program ini.
Nanti di hujung perjalanan, bila mula melangkah ke alam perkhidmatan, kamu harus berdikari dan kuat untuk menempuh arus kerjaya, dengan nilai yang telah tersemat.
Sebulan di INTAN telah berlalu dengan pantas walaupun terasa perlahan saat ia sedang berlalu. Banyak program dan aktiviti dah dirancang dan dilaksanakan. Siapa yang positif dan bersemangat, akan pulang dengan manfaat. Siapa yang negatif dan tak puas hati sokmo, akan pulang dengan keluhan.
This journey, you shape it. Shape it well because it will be your own memory.
See yourself in the next 20 years, do you think you will regret your attitude now? If yes, change. If not, keep it up and improve further.
Selamat menjalani Ramadan, bulan perjuangan. Bulan mujahadah. Bulan kembali kepada fitrah.
PL ZY
14 April 2021
Comments
Post a Comment