Pesan PL 2021 - Bhgn 4
Hari ini bermula modul terakhir bagi setiap sidang sebelum cuti penggal. Pastinya kamu semua tidak sabar untuk menghabiskan 2 minggu ini. Mungkin pada ketika ini jarum saat terasa berdetik begitu perlahan, mencabar rasa keterujaan dan kerinduan yang tersimpan.
Bayangkan perasan kamu nanti ketika tinggal lagi 2 minggu untuk tamat DPA. Semoga itu menjadi pembakar semangat untuk tetap bertahan dengan segala cabaran. Kata Stephen R. Covey, begin with the end in mind. Lihat garis akhir perjalanan ini, bahkan go beyond. Kamu akan sedar betapa penting untuk kamu beri yang terbaik dalam segenap aspek sepanjang berada di sini.
Cuba lihat di sekitar kamu. Sepanjang lebih 2 bulan dalam Program DPA ini, berapa ramai warga Batalion yang telah kamu kenali dan berinteraksi? Berapa ramai pula daripada barisan SKPMI yang telah kamu kenali dan berinteraksi?
Kalau masih sedikit, apakah yang menghalang kamu untuk lebih mengenali dan mendekati rakan-rakan dan para pegawai?
Masa 10 bulan ini singkat dan sangat berharga. Ambillah peluang ini untuk mengenali seramai mungkin rakan-rakan dan pegawai yang akan bersama-sama sepanjang perkhidmatan kelak. Buka ruang untuk mengenali dan dikenali. Jangan terlampau fokus kepada segala keperluan diri sendiri sahaja sehingga tidak cakna dengan mereka yang berada di sekeliling.
Banyak perkara sebenarnya yang boleh kita belajar daripada orang sekeliling. Jangan hanya tertumpu pada kelompok dalam sidang masing-masing sahaja, bahkan mengecilkan lagi kepada kelompok buddies dalam sidang. Luaskan jaringan dan bina keyakinan untuk keluar daripada zon selesa kamu.
Bila ada program-program, cuba cari wajah-wajah yang tidak dikenali dan bertegur sapa. Biarlah nampak macam 'poyo' di peringkat awal, tetapi percayalah lama kelamaan kemesraan itu akan terjalin jika niat kita murni untuk menghubungkan silaturrahim dan membina kekuatan warga Batalion. Di samping belajar sesuatu daripada kekuatan yang dimiliki oleh orang lain.
Janganlah memandang serong pula jika rakan-rakan cuba bertegur sapa dan ingin mengenali kamu, bukalah ruang untuk saling berkongsi.
This is a precious thing that you have right now, EACH OTHER.
Appreciate, reach, inspire. The journey will be more meaningful.
PL ZY
26 April 2021
Comments
Post a Comment