Jurnal DPA 2020 - Bhgn 3
"Saya tak percaya yang kamu semua baru berkenalan satu hari." Sudah seminggu sejak ungkapan itu aku dengar daripada Pak Let, namun masih terngiang-ngiang dalam sanubari. Satu ekspresi yang tuntas menggambarkan suasana dan keadaan yang kami lalui sepanjang Group Integration. 407 personaliti daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama. 3 pemegang PhD, 86 pemegang ijazah sarjana, 318 pemegang ijazah sarjana muda. Namun semuanya seakan blended dan sukar dilihat titik beza. Berkumpul dalam satu suasana yang penuh dengan kasih sayang dan persaudaraan. Mungkin kerana kasih antara kami semua baru bermula dan berputik sehingga yang kelihatan hanya yang indah belaka, atau jiwa kami begitu besar dan serasi sehingga perbezaan menjadi modal kedekatan. Anugerah berada di laluan ini dah cukup bermakna dan aku syukuri, anugerah bertemu dengan jaringan yang luar biasa ini berkali-kali lebih berharga. Inilah wajah-wajah yang bakal menemani kayuhan selama 10 bulan ini, sebagaim...