Jurnal DPA 2020 - Bhgn 1

AKSARA. Elemen teras sepanjang DPA. Aku cukup suka dengan elemen-elemen ini. Attitude-sikap, Knowledge-pengetahuan, Skills-kemahiran, Adaptability-penyesuaian, Resilience-ketahanan dan Agility-ketangkasan. 

Above all, sepanjang seminggu ini ditekankan bahawa attitude adalah antara komponen yang tersangat penting sepanjang DPA ini, bahkan beyond this period. 

Suatu kursus yang digambarkan oleh Dr. Jamaluddin, Ketua Kluster Pembangunan Professional dan Etika, sebagai challenging, demanding and interesting. The only course of its kind.

4 prinsip yang ditekankan oleh beliau untuk berjaya dalam DPA:

1)TEACHABLE. Boleh diajar. Kena bersedia untuk learn, unlearn and relearn. Kami 407 peserta yang datang daripada latar belakang berbeza pasti akan berhadapan dengan banyak cabaran dalam proses ini.

2)TEAMWORK. Kena sentiasa pegang prinsip ONE FOR ALL, ALL FOR ONE. Never leave your man behind. Ini adalah network yang akan functioning sampai bila-bila.

3)GRIT. Ketekunan, kerajinan. Ia lebih penting daripada bakat yang kita ada. Kena kerja keras.

4)INTEGRITY. Doing the right things even if nobody is watching. Jadikan ia sebagai karakter dalam diri kita, sampai bila-bila. 

Aku tertarik dengan satu pesanan beliau. Apa yang kita buat secara peribadi, in private, akan menentukan kejayaan kita di peringkat umum, in public. Paling mudah, bangun pagi pastikan kemas tempat tidur kita sendiri dahulu. Itulah tugas pertama yang kita telah sempurnakan pada hari tersebut. Seterusnya kita akan lalui dengan lebih positif dan bertenaga. 

Pembelajaran di DPA ini kata beliau banyak akan melibatkan experiential learning, belajar dengan cara mengalami sendiri. 

3 hari di Group Integration pun dah banyak kami lalui bersama. Daripada melompat tebing dan jambatan, sampailah kepada membina rakit dan mendayung beramai-ramai. Tak dilupakan zapin ayam dan ronggeng yang tak pernah jumpa sebelum ini! 

Seminggu dah berlalu. Masih jauh perjalanan yang perlu kami tempuh. 10 bulan perjalanan yang bakal mengeluarkan segala potensi yang tersimpan. 10 bulan yang bakal menyediakan kami untuk berhadapan dengan realiti pekerjaan seorang PTD. 

180 lelaki, 227 wanita, bertabahlah.

Don't count the days, but make the days count. 

ZY
26 Jan 2020

Comments

Popular posts from this blog

DPA 2020 : Apakah Kesudahannya?

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 17

Pesan PL 2021 - Bhgn 4