Posts

Showing posts from November, 2022

Tinta PP 2022 (9) - Inilah Harinya

Inilah harinya. 1 Disember 2022. Hari yang aku tunggu-tunggu sejak memulakan perjalanan ini pada 14 Februari 2022. Betapa perasaanku bercampur baur dan tak dapat nak diungkap secara jelas dengan kata-kata. Keterujaan luar biasa yang tak dapat nak dibendung lagi. Begitu dalam mengusik hati.  Terbayang senyuman bahagia si dia menyambut aku kembali ke pangkuan nanti dengan pelukan erat penuh kesyukuran. Terbayang pancaran kebahagiaan si kecil yang berlari untuk kudakap melepas rindu. Aku bertahan selama ini demi membawa pulang kepuasan ini.  Aku ingin segera pulang ke pangkuan keluarga di kampung yang tidak putus berdoa dan menaruh harapan. Terlihat kebanggaan yang bersinar jelas di wajah mereka. Hari ini, aku merasa diri menjadi insan yang paling dihargai. Aku merasa sangat bahagia dapat menunaikan harapan mereka.  Segala lelah berkubur sudah. Terkenang kembali segala keperitan yang kutanggung di Port Dickson, hutan gelita yang menemani di Ulu Kinta, gelora di Lumut yang me...

Tinta PP 2022 (8) - Mimpi-mimpimu

Ketika kamu gagal dalam suatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha. Jangan pernah sesekali takut untuk mencuba kerana tanpa mencuba kita tidak tahu akan keberhasilannya. Jika berhasrat untuk menjadi orang berjaya, mula dari sekarang. Cuba untuk melakukan perkara yang bermanfaat. Jangan merasakan untuk berhenti dengan apa yang kamu telah usahakan selama ini kerana langkahmu sudah terlalu jauh untuk menyerah. Kebahagiaan itu mudah, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki saat ini, dan jangan sesekali iri hati dengan kejayaan orang lain. Abaikan sahaja orang yang meremehkan usahamu. Tetapi jangan sesekali kita meremehkan diri kita sendiri. Kadang-kadang kita fikir kehidupan mereka lebih baik tetapi mungkin kehidupan mereka lebih sukar daripada kita. Apa yang membezakannya adalah mereka tidak mengeluh. Setiap orang ada perjalanan hidup yang berlainan. Haluan yang berbeza. Mungkin bukan hari ni, esok. Mungkin bukan esok, lusa. Mungkin bukan di dunia, ta...

Tinta PP 2022 (7) - Keseimbangan adalah Pencapaian

31 minggu telah berlalu. Hanya 11 minggu berbaki untuk kamu menghabiskan perjuangan murni ini. Perjuangan menyiapkan diri untuk berbakti kepada insan.  Kehebatan yang telah kita raih akan luput jika manfaatnya tidak dapat dinikmati oleh manusia lain. Segala yang kita perjuangkan tidak patut terhenti pada agenda peribadi. Matlamat yang jauh dan besar akan membantu kita konsisten dan bertahan dalam kesukaran.  Keseimbangan adalah sebuah pencapaian bagi kita. Sesuatu yang seimbang akan stabil dan boleh bertahan lama. Dek kerana besarnya nilai keseimbangan, maka besar jualah pengorbanan yang harus ditanggung dalam meraihnya. Pencapaian yang bagus dalam kelas-kelas akademik belum menjamin seseorang mampu melaksanakan kerja secara efisien. Ia perlu disulam dengan pengalaman dan latihan praktikal yang berterusan. Tubuh badan yang sihat dan kuat belum menjamin seseorang mampu bertahan diasak dengan latihan fizikal yang intensif, ia perlu didokong oleh mental yang kuat dan jiwa yang pe...