Posts

Showing posts from 2021

Pesan PL 2021 - Bhgn 10 (Akhir)

Salam sayang Keluarga Batalion.  Ini adalah coretan saya yang terakhir sebagai PL bagi Batalion, kohort Program DPA pertama saya. Pastinya Batalion sangat nostalgik dan akan saya ingati sampai bila-bila.  Tulisan ini adalah yang terakhir daripada saya sebelum kalian meneruskan pelayaran yang baharu.  Hari ini adalah hari yang sangat mendebarkan. A day of mixed feelings.  9 bulan lamanya perjuangan yang telah ditempuh untuk sampai pada hari yang sangat bersejarah dalam hidup kamu ini. Hari yang bakal membuka jalan ke arah dunia baharu yang akan kamu hadapi untuk tempoh beberapa tahun mendatang. Suka ataupun tidak, itulah hakikat yang tidak dapat diputar semula.  Tenanglah sahabat. Semuanya telah tertulis dalam suratan takdir. Ketentuan Tuhan tidak pernah menzalimi hamba yang sentiasa percaya. Percaya bahawa perancangan Tuhan lebih tinggi daripada kehendak manusia. Percaya bahawa setiap yang ditentukan Tuhan, itulah yang terbaik. Percaya dengan pasti bahawa ada hi...

Pesan PL 2021 - Bhgn 9

Berkhidmat Untuk Negara. Saya yang menjalankan amanah.  Inilah antara mantera besar penjawat awam. Apatah lagi sebagai seorang PTD, barisan pemimpin dalam perkhidmatan awam. Ada sebahagian yang tampil di barisan hadapan berhubung dengan wakil negara luar untuk mencapai kesepakatan sementara sebahagian yang lain berada di kampung berjumpa Pengerusi MPKK berbincang tentang masalah penduduk kampung. Keperluan negara dan rakyat takkan pernah selesai. Kita diberi mandat dan kepercayaan untuk menjaga negara dengan sumber-sumber yang datang daripada rakyat. Dalam keselesaan dan kenikmatan pekerjaan yang kita rasai, jangan pernah lupa bahawa kita hidup memegang amanah bangsa, taat setia korban tenaga, bela bangsa dan negara. Segala penat lelah kita takkan pernah dapat dinilai dengan nilai wang yang kita terima, namun kepuasan menabur bakti itulah menjadi bahan bakar dalam perjalanan yang murni ini. Setiap peranan walaupun dalam skop yang dilihat kecil, membawa impak yang sangat hebat dalam...

Pesan PL 2021 - Bhgn 8

Alhamdulillah. Sudah seminggu Submodul SPP berlalu. Saya percaya ada di kalangan kamu yang telah dipenuhi jadual harian sepanjang minggu ini dengan padat. Kata orang, tak sempat nak bernafas. Ada juga yang sedang stress kerana tidak nampak sinar tajuk laporan eksekutif yang meyakinkan. Tidak kurang juga yang sedang mengalami konflik dalaman untuk berinteraksi dengan Penyelia Lapangan secara dalam talian. Ada yang telah benar-benar sibuk, ada juga yang terpaksa buat-buat sibuk.  Tidak ada satu ketetapan khusus tentang cabaran apa lagi yang bakal mendatang dalam perjalanan berbaki 4 minggu ini. Sedar tak sedar, 20% daripada perjalanan itu telah kamu tempuhi. Saya kira kamu telah mendapat sedikit gambaran atau kejelasan untuk melalui tempoh yang berbaki. Kalau belum, segeralah tune pemikiran dan perasaan untuk menyesuaikan diri dan menanam tekad untuk melaluinya sepenuh hati.  Ingat, ini adalah sebahagian daripada proses latihan. Kamu bukan dihantar ke Kementerian/Jabatan untuk t...

Pesan PL 2021 - Bhgn 7

 Pesan PL - Bhgn 7 Pengorbanan adalah sebuah kemestian dalam kehidupan. Ia adalah bukti kepada cinta dan kesungguhan. Tidak ada istilah pengorbanan andai hidup ini penuh dengan kesenangan dan laluan yang sentiasa indah. Ada masa kita akan berhadapan dengan keadaan yang menyakitkan, menakutkan dan merisaukan. Gembira dan sedih juga mungkin silih berganti bagai bertukarnya malam dan siang. Setiap orang akan diuji dengan kapasiti diri masing-masing dalam hidup ini. Kita percaya bahawa Tuhan tidak membebani seseorang melainkan apa yang mampu ia tanggung. Berjaya dengan satu tahap ujian bukanlah bererti bebas sehingga ke pengakhiran. Ujian mendatang akan lebih mencabar, kerana kapasiti diri kita telah meningkat.  Jika kita gagal pada satu tahap ujian, kita akan terus diuji lagi sehingga kita dapat melepasinya. Dari situlah kita berkembang dan menjadi lebih baik. Segala kesakitan dan pengorbanan akan memberi erti yang besar dalam perjalanan yang kita tempuh. Semakin tinggi kita ingi...

Pesan PL 2021 - Bhgn 6

Alhamdulillah, Pilihan Raya MPP Penggal 2 telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada barisan kepimpinan baharu Batalion yang telah dilantik. Tahniah juga kepada semua calon yang telah bertanding. Kamu semua telah membuktikan keberanian untuk keluar daripada zon selesa, menggilap kemampuan diri dan belajar perkara-perkara yang baharu. Hanya kalah dalam pertandingan, namun menang dalam kesungguhan. To discover new oceans, you must have the courage to lose the sight of the shore. Bahtera Batalion ini akan tetap meneruskan pelayarannya. Terima kasih tidak terhingga kepada barisan MPP Penggal 1 yang telah membuktikan kesungguhan dalam memudah cara segala urusan rakan-rakan Batalion sejak bermulanya Program DPA. Pastinya banyak perkara yang telah kamu pelajari. Learning curve juga pasti berbeza. Teruskan berkongsi dengan kepimpinan baharu dan rakan-rakan lain mengenai pengalaman tersebut. Kepada warga Batalion yang tidak pernah terlibat menjadi calon atau EXCO MPP, tahniah juga s...

Pesan PL 2021 - Bhgn 5

Pesan PL 2021 - Bhgn 5 Lebih sebulan saya tak membuat coretan buat Batalion. Harapnya semua dalam keadaan baik di lokasi masing-masing.  Duduk di rumah semasa DPA mungkin sebuah kelegaan terutama yang punya isteri dan anak kecil. Namun cabarannya tetap ada. Bahkan besar bagi sebahagian orang. Saya boleh memahami kerana pernah juga melalui 3 bulan Program DPA di rumah pada tahun lepas.  Saya masih ingat lagi antara ungkapan yang disebut oleh YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, KPPA, ketika saya melapor diri bertugas di JPA pada November 2020, "the only constant is change". "Change" adalah sesuatu yang boleh jadi menyakitkan bagi kita. Kita perlu masuk kepada keadaan yang baharu yang menyukarkan dan keluar dari zon selesa. Apabila kita ingin meraih sesuatu yang hebat, perubahan yang perlu kita buat juga bukan sedikit. Ini memerlukan kepada kesediaan yang sangat tinggi. Apatah lagi apabila berhadapan dengan satu situasi baharu yang tidak pernah kita hadapi ...

Pesan PL 2021 - Bhgn 4

Hari ini bermula modul terakhir bagi setiap sidang sebelum cuti penggal. Pastinya kamu semua tidak sabar untuk menghabiskan 2 minggu ini. Mungkin pada ketika ini jarum saat terasa berdetik begitu perlahan, mencabar rasa keterujaan dan kerinduan yang tersimpan. Bayangkan perasan kamu nanti ketika tinggal lagi 2 minggu untuk tamat DPA.  Semoga itu menjadi pembakar semangat untuk tetap bertahan dengan segala cabaran. Kata Stephen R. Covey, begin with the end in mind. Lihat garis akhir perjalanan ini, bahkan go beyond. Kamu akan sedar betapa penting untuk kamu beri yang terbaik dalam segenap aspek sepanjang berada di sini. Cuba lihat di sekitar kamu. Sepanjang lebih 2 bulan dalam Program DPA ini, berapa ramai warga Batalion yang telah kamu kenali dan berinteraksi? Berapa ramai pula daripada barisan SKPMI yang telah kamu kenali dan berinteraksi? Kalau masih sedikit, apakah yang menghalang kamu untuk lebih mengenali dan mendekati rakan-rakan dan para pegawai?  Masa 10 bulan ini sing...

Pesan PL 2021 - Bhgn 3

Habis minggu ini, selesailah 10 minggu daripada 43 minggu Program DPA Tahun 2021. Mungkin ada yang melihat baru 10, terasa berat dan masih jauh. Namun, rasa berat itu boleh dikurangkan dengan hanya mengubah satu perkataan. Ubahlah 'baru' menjadi 'sudah'. Some people look at a glass of water as half empty, some people look at it as half full. Bagaimana kamu melihat keberadaan kamu di sini? Sudut pandang itu akan memberi kesan kepada perasaan dan emosi diri sendiri. Perasaan dan semangat itu boleh ditukar dengan menukar perkataan yang kamu pilih dalam perbualan kamu dengan diri sendiri sehari-hari. Pilihlah perkataan-perkataan yang positif yang boleh menjana semangat juang dalam diri. Kawal emosi. Jangan cepat melatah pada setiap masalah. Ingat, ini medan latihan di mana kamu akan berhadapan dengan pelbagai persoalan, bukan pusat bercuti dan santai untuk kamu menerima segala pelayanan. Di luar sana ramai yang masih mencari-cari peluang untuk meraih sesuatu dalam hidup. Sa...

Pesan PL 2021 - Bhgn 2

Program penuh. Duit tak cukup. Modul tak dapat dicerna. Jadual back to back. Hujung minggu rehat singkat. Masa tak ada sangat.  Nak dikira alasan untuk kita down, memang banyak. Kita down atau bersemangat, jalan ini tetap perlu ditempuh jua. Pilihan dah dibuat. Borang-borang persetujuan pun dah ditandatangani, tinggal nak hadapi tempoh berbaki. Tak ada siapa boleh hadapkan untuk kita, memang kena hadap sendiri. Hadaplah betul-betul, jangan separuh jiwa. Nanti sendiri yang merana.  Jiwa kena kuat. Jangan bergantung pada kehebatan orang lain selama-lamanya. Bina kekentalan hati sendiri di sebalik sepak terjang dan onak duri Program ini. Nanti di hujung perjalanan, bila mula melangkah ke alam perkhidmatan, kamu harus berdikari dan kuat untuk menempuh arus kerjaya, dengan nilai yang telah tersemat. Sebulan di INTAN telah berlalu dengan pantas walaupun terasa perlahan saat ia sedang berlalu. Banyak program dan aktiviti dah dirancang dan dilaksanakan. Siapa yang positif dan berseman...

Pesan PL 2021 - Bhgn 1

Alhamdulillah, hampir 2 bulan Program DPA Tahun 2021 telah berlalu. Pelbagai memori telah tercipta dalam tempoh yang relatif singkat ini. Saya percaya kamu telah mengenali pelbagai kawan baharu, bahkan merasa telah bersama keluarga baharu, Batalion. Belum sampai sebulan kamu terpisah dengan orang tersayang. Ibubapa, anak-anak, isteri, keluarga tercinta. Mungkin pada saat ini telah terasa lama berjauhan dan rindu semakin menebal. Namun, bersabarlah. Kerinduan dan kesabaran yang kamu tanggung ini akan terbayar nanti di pengakhiran. Setiap kali angin gundah gulana datang, tepislah ia dengan kejelasan matlamat dan kekuatan tekad. Kamu memilih untuk melalui jalan perjuangan ini bukan untuk pulang sebagai insan yang gagal dan mengecewakan. Misi kamu masih jauh daripada tercapai. Pilihan untuk berada di sini kamu buat dengan memahami bahawa pengorbanan itu pasti. Korban perasaan, korban wang ringgit, korban masa dan tenaga demi meraih sebuah amanah untuk berbakti. Ujian kamu tidak berhenti di...