Pesan PL 2021 - Bhgn 6

Alhamdulillah, Pilihan Raya MPP Penggal 2 telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada barisan kepimpinan baharu Batalion yang telah dilantik. Tahniah juga kepada semua calon yang telah bertanding. Kamu semua telah membuktikan keberanian untuk keluar daripada zon selesa, menggilap kemampuan diri dan belajar perkara-perkara yang baharu. Hanya kalah dalam pertandingan, namun menang dalam kesungguhan.

To discover new oceans, you must have the courage to lose the sight of the shore. Bahtera Batalion ini akan tetap meneruskan pelayarannya.

Terima kasih tidak terhingga kepada barisan MPP Penggal 1 yang telah membuktikan kesungguhan dalam memudah cara segala urusan rakan-rakan Batalion sejak bermulanya Program DPA. Pastinya banyak perkara yang telah kamu pelajari. Learning curve juga pasti berbeza. Teruskan berkongsi dengan kepimpinan baharu dan rakan-rakan lain mengenai pengalaman tersebut.

Kepada warga Batalion yang tidak pernah terlibat menjadi calon atau EXCO MPP, tahniah juga saya ucapkan kerana telah dan akan terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan yang dilantik. Saya percaya setiap orang dapat belajar banyak perkara baharu melalui pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak MPP dan Sidang. Tidak memegang jawatan bukanlah bererti kamu tidak mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Tidak semua orang boleh memegang jawatan pada satu-satu masa. Namun ada satu perkara yang semua orang boleh lakukan, SUPPORT. Banyak bentuk sokongan yang kamu boleh beri kepada rakan-rakan yang berjawatan. Sokongan kamu pasti besar erti dan nilainya. Walaupun bukan beliau calon yang diundi, sokongan padu tetap wajib diberi.

Berusahalah untuk libatkan diri secara aktif dalam program dan aktiviti yang dianjurkan, turut serta menjadi barisan AJK penganjur program/aktiviti, beri teguran, maklum balas dan cadangan yang berterusan untuk penambahbaikan, beri kerjasama sepenuhnya dalam menyempurnakan segala arahan dan keputusan yang telah dibuat, beri galakan dan sokongan yang berterusan dalam keadaan yang mudah mahupun sukar, rajin-rajin menawarkan diri secara sukarela bagi tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.

Jangan pula membanding-bandingkan antara kepimpinan Penggal 1 dan Penggal 2 kerana cabaran mereka mungkin berbeza dan unik. Beban tugas dan amanah juga dinamik. Keep your trust on them that they will deliver all the way, with support from everyone. One for all, all for one. Tidak perlu fokus mencari kesalahan dan kelemahan untuk diangkat-angkat. Sebaliknya, be with them during all challenges and learn together. Cherish and grow together.

We are not going to live long enough to commit all mistakes, so learn from others’ mistakes.

Sepanjang perjalanan kamu yang berbaki ini, masih banyak ombak yang perlu diharungi bersama. Akan ada saat kesatuan kamu akan digoncang, kesungguhan kamu akan diuji, semangat kamu akan merudum, emosi kamu akan terganggu. Jika tidak diri kamu sendiri yang menghadapinya, mungkin rakan-rakan di sekeliling yang merasainya. Mungkin dalam pencarian, akan ada yang kehilangan.

Stay together. Do not lose hope and never lose friends.

PL ZY
18 Jun 2021

Comments

Popular posts from this blog

DPA 2020 : Apakah Kesudahannya?

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 17

Pesan PL 2021 - Bhgn 4