Jurnal DPA 2020 - Bhgn 20
Sudah 5 hari berlalu sejak Program DPA INTAN Tahun 2020 selesai. Hari ini aku baru berkesempatan untuk membuat sebuah coretan terakhir bagi siri Jurnal DPA 2020. 20 bahagian tulisan ringkas ini telah merentas pengembaraan sejak tayar bas bergolek ke Program Integrasi Kumpulan pada 20.01.2020 sehingga saat menerima surat penempatan pada 20.11.2020. Bahagian 12 dan 13 yang aku tulis di dalam buku nota semasa modul Orientasi Pertahanan Negara telah hilang tidak dapat ditemui sehingga kini (Alhamdulillah dah temui semula April 2021). Biarlah ia menjadi misteri dan kenangan yang aku simpan sendiri. Sebuah penulisan yang aku tulis dengan sepenuh perasaan dalam keadaan sebak di Pusat Latihan ATD Port Dickson, sambil mengenang perjuangan wira-wira negara. Mungkin penulisan tersebut akan muncul kembali jika ditakdirkan. Aku mulakan penulisan Jurnal DPA ini dengan harapan untuk mengutip segala pengalaman dan perasaan berharga sepanjang menjadi Kadet PTD dan menuangkannya dalam tulisan yang dapat...