Pesan PL 2021 - Bhgn 9

Berkhidmat Untuk Negara.
Saya yang menjalankan amanah. 

Inilah antara mantera besar penjawat awam. Apatah lagi sebagai seorang PTD, barisan pemimpin dalam perkhidmatan awam.

Ada sebahagian yang tampil di barisan hadapan berhubung dengan wakil negara luar untuk mencapai kesepakatan sementara sebahagian yang lain berada di kampung berjumpa Pengerusi MPKK berbincang tentang masalah penduduk kampung.

Keperluan negara dan rakyat takkan pernah selesai. Kita diberi mandat dan kepercayaan untuk menjaga negara dengan sumber-sumber yang datang daripada rakyat. Dalam keselesaan dan kenikmatan pekerjaan yang kita rasai, jangan pernah lupa bahawa kita hidup memegang amanah bangsa, taat setia korban tenaga, bela bangsa dan negara.

Segala penat lelah kita takkan pernah dapat dinilai dengan nilai wang yang kita terima, namun kepuasan menabur bakti itulah menjadi bahan bakar dalam perjalanan yang murni ini.

Setiap peranan walaupun dalam skop yang dilihat kecil, membawa impak yang sangat hebat dalam skala yang lebih besar. Daripada memeriksa surat dan minit, menyampaikan ucapan perasmian, menyediakan kertas kerja dan atur cara pentadbiran, menyediakan laporan program, menangkap gambar, merespons dalam group whatsapp, sehinggalah menjadi perwakilan ke luar negara, tidak ada satupun yang patut dipandang ringan.

Hakikatnya, kita berada dalam jigsaw puzzle agung perkhidmatan kepada rakyat dan negara. Kecacatan yang kita abaikan pada skala yang kecil akan memberi impak pada penyampaian perkhidmatan pada skala yang lebih besar. Kelalaian kita adalah kerugian kepada negara.

Syukur dan sedar diri akan memadamkan niat kita untuk mengeluh pada setiap pekerjaan yang disuruh, mencari cela untuk menjadi bahan bicara.

We are here to serve, not to be served. 
We are here to facilitate, not to complicate. 

Laluilah Modul Luar sebulan ini dengan penuh kesedaran dan semangat untuk menjadi bakal PTD yang sangat berguna kepada rakyat dan negara. Selamat berjuang!

PL ZY
3 Oktober 2021

Comments

Popular posts from this blog

DPA 2020 : Apakah Kesudahannya?

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 17

Pesan PL 2021 - Bhgn 4