Jurnal DPA 2020 - Bhgn 2

"Our DNA is to help people."

Slot bersama Dato' Khairul Adib, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di hari terakhir GI meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi aku.

Kata beliau, dulu tak ramai peratus kejayaan mendapat tempat sebagai PTD. Hanya sekitar 0.5% sahaja. Bahkan sekarang ternyata lebih mencabar. Kami yang terpilih ini hanyalah 0.29% sahaja daripada sejumlah yang memohon.

Betapa bernilainya ruang dan peluang ini. Ruang menabur bakti untuk pertiwi. Peluang yang begitu berharga sekaligus amanah yang begitu berat untuk dipikul.

"PTD is not just another job, it is a career of helping others. People need you."

Hati aku bagai direntap ke alam kesedaran yang begitu berat. With great power comes great responsibilities.

The first line of defence for our country is diplomacy, itu pesan beliau.

Berada pada laluan yang strategik ini memberikan satu aura yang begitu unik untuk terus melangkah ke hadapan, demi berkhidmat untuk negara.

Di sini bukan laluan untuk menjadi kaya, di sini bukan laluan untuk bersenang lenang, di sini bukan laluan untuk mencari nama. We serve the government of the day. We serve the people.

Sebagai civil servant, 24 jam akan sentiasa dilihat. Segala tindak tanduk akan dikaitkan terus dengan refleksi pegawai kerajaan secara umum.

10 bulan ini akan menjadi a journey of change.

Sentuhan yang dirasakan begitu dalam ini membimbing hati untuk menemukan the true North, the DNA within yang sentiasa berkobar untuk berbakti pada manusia lain.

Memilih untuk berada di sini adalah sebuah perjuangan. Banyak benda yang telah ditinggalkan. Keluarga, anak isteri, pekerjaan bergaji tinggi. Bahkan kadang masih berperang dengan hati mencari makna di sebalik keputusan yang besar ini.

To discover new ocean, we must have the courage to lose the sight of the shore.

ZY
29 Jan 2020

Comments