Tinta PL 2022 (3) - Hidup Suatu Latihan

Anggaplah kisah dan pengalaman hidup sebagai suatu LATIHAN sebelum menjadi manusia yang luar biasa. Walaupun kisah itu berkaitan kegembiraan dan kejayaan, namun ia juga merupakan salah satu ujian Allah dan latihan kehidupan kepada kita.

Cuba kita lihat contoh di zaman Khulafa Ar-Rasyidin dan beberapa khalifah dinasti Umayyah , akhirnya berjaya menguasai hampir sepertiga dunia. Jack Ma sebelum berjaya bersama AliBaba Group, beliau diuji dengan kemiskinan.

Ramai orang mengatakan tindakan gila kepada Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranum dahulu tetapi kini berjaya menjadikan AirAsia sebagai syarikat tambang murah terbaik. Dr. APJ Abdul Kalam pernah jatuh kerana kegagalannya kali pertama melancarkan roket pertama India tetapi akhirnya menjadi Presiden India ke-11 yang disayangi rakyatnya.

Saya, anda Peserta Program DPA INTAN 2022 dan ramai orang di dunia mampu untuk menangani kejayaan tetapi berapa ramai yang mampu menangani kegagalan. Perjalanan Program DPA ini ada masanya kita ketawa, ada masanya kita menangis, ada masanya kita berjaya, gagal, jatuh dan bangkit. Kehidupan ini tidak dihiasi dengan satu warna sahaja. 

Buat Peserta, Program DPA INTAN 2022 ini adalah sebuah perjalanan yang penuh warna warni. Ini adalah satu latihan dalam kehidupan kita. Selagi ada kebergantungan kepada Allah, selagi itulah kita mampu mengharungi pelbagai cabaran hidup khususnya Program DPA.

Salam Ramadan

PL AI (Azrizan Idris)
20 April 2022
10.00 malam
Pejabat SKPMI

Comments

Popular posts from this blog

DPA 2020 : Apakah Kesudahannya?

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 17

Pesan PL 2021 - Bhgn 4