Jurnal DPA 2020 - Bhgn 8

"Anda semua hebat, tapi keputusan tetap perlu dibuat", kata Iqbal, Exco Kepimpinan dan Protokol MPP ketika menyampaikan keputusan pertandingan talent time antara sidang 3, 4 & 5 pada malam 15 Februari 2020.

Semua orang telah memberikan yang terbaik yang mereka ada. Menghasilkan persembahan yang pelbagai mengikut sidang masing-masing. Hakikatnya semua telah menang dalam memberikan usaha yang tinggi. Semua telah menang di hati sidang masing-masing.

Aku rasa dalam kerjaya PTD ini juga begitu.

Terlupa ada seseorang pernah sebut, we are not here as PTD to win only, we are here to win-win. Akan ada pelbagai pandangan, pelbagai hasil, pelbagai masterpiece yang akan dikeluarkan oleh individu dan kumpulan yang berbeza-beza yang masing-masing memiliki kekuatan tersendiri.

Jika semua pihak nak menang dalam semua perkara, tidak akan ada proses rundingan yang dapat mencapai kata sepakat. Sedangkan keputusan perlu dibuat.

Perlu ada pertimbangan asas yang dipersetujui sebagai rujukan untuk menilai keadilan sesebuah keputusan yang dibuat yang menguntungkan semua pihak.

Menguntungkan dalam konteks yang berbeza-beza mengikut keperluan setiap pihak yang berbincang.

Macam senang, tetapi secara praktikalnya kita akan berhadapan dengan pelbagai persoalan untuk mencapai keadaan menang-menang.

Itulah yang aku nak belajar dalam perjalanan seorang PTD ini. Membuat rundingan yang dapat menghasilkan keputusan yang adil.

Apapun, aku rasa untuk sampai kepada kata sepakat, semua pihak harus bersedia mendengar dengan teliti pandangan daripada pihak yang kita ajak lawan bincang dan tidak membuat andaian-andaian atau label awal yang akan menjadi benteng kebal untuk kita teruskan perbincangan dengan lebih sihat.

Bila kita dah betul-betul faham keperluan berdasarkan kepada fakta yang tepat, barulah kita dapat membuat pertimbangan yang adil dan kesepakatan yang sihat.

Namun, masih lagi akan timbul isu yang perlu kita runding walaupun sudah dipersetujui bersama sebelumnya, atas sebab mengikut keperluan semasa dan info terkini yang kita dapat.

Jadi kita kena betul-betul pick our battle, dan define our victory.

If we lose, doesn't mean we failed.

If we don't try, we will never win.

ZY
16 Februari 2020

Comments

Popular posts from this blog

DPA 2020 : Apakah Kesudahannya?

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 17

Pesan PL 2021 - Bhgn 4