Jurnal DPA 2020 - Bhgn 7

"Pelepasan minggu ini dibatalkan"

Sentap. Terbayang wajah anak dan isteri yang setia menanti. Menyesal memberi janji yang tidak pasti. Rasa macam nak terus tidur dan hopefully bangun besok pagi pengumuman di whatsapp tersebut dah 'deleted for everyone'.

Namun inilah realiti. Ia tak selalu seindah imaginasi. Ini adalah medan sebenar latihan ketahanan diri dan kekuatan emosi. Biarlah tangisan di hati ini menjadi siraman untuk masa depan yang gilang gemilang, demi yang tersayang.

What comes to me doesn't matter. Bagaimana cara aku merespons adalah lebih penting. Aku masuk ke sini memang dengan persiapan mental untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan. Aku masuk dalam keadaan sedar, aku telah membuat pilihan tanpa dipaksa. Aku sangat tahu, tempoh ini akan sangat mencabar.

Namun aku manusia biasa, terkadang azam melemah dalam beberapa kitaran malam dan siang. Perlu kepada energizer dan kawan-kawan yang positif dan matang. Jika bisikan melemahkan lebih banyak berlegar, aku merasa terpanggil untuk memberi rangsangan yang lebih segar.

Virus kekecewaan dan negativity memang cepat tersebar, imuniti kita harus lebih kental.

Setiap yang berlaku, aku boleh memilih untuk mengambil sudut pandang. Sudut pandang yang akan memberi kesan kepada cara aku merasa dan bertindak. Cara aku bersikap. Aku yang perlu memilih untuk amplify the positivity and strength atau to play the blame games.

Aku tabik pada mereka yang tidak dapat kembali ke pangkuan keluarga walaupun jika diberi pelepasan, kerana begitu jauh jaraknya. Sekurang-kurangnya aku masih boleh meminta isteri dan anak-anak datang melawat dan bermain-main di tepi kolam renang yang belum pernah kurenangi.

Pengorbanan yang lebih besar, kemanisannya pasti lebih nikmat yang tak mungkin dirasai oleh orang lain yang tak pernah melalui. Bertabahlah sahabatku.

Ada seorang raja ingin menguji rakyatnya dengan berkata, "Beta mahu semua orang membawa sesudu madu dan memasukkan ke dalam tempayan di laman istana Beta pada malam ini."

Salah seorang rakyatnya terfikir licik, "kalau aku hanya membawa sesudu air, tidaklah memberi kesan pada setempayan madu yang telah diisi oleh orang lain."

Besoknya ternyata raja murka, kerana tempayan itu penuh berisi air.

Jika direnung, mungkin begitulah kita, semua orang berharap suatu pelanggaran hanya dia seorang yang buat, ternyata ramai yang buat sehingga semua orang harus menanggung akibatnya.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh En. Azmi Bin Embi daripada CGSO, The Four Body Syndrome. Semua orang harap orang lain buat betul sehingga tiada siapa yang betul-betul buat betul.

Pelepasan yang dibatalkan ini mendidik kita, dengan pemahaman yang lebih mendalam,

ONE FOR ALL, ALL FOR ONE.

Bertabahlah, insaflah, bermuhasabahlah. Layankan aje.

ZY
13 Februari 2020
Dah lepas geram di audition

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DPA 2020 : Apakah Kesudahannya?

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 17

Pesan PL 2021 - Bhgn 4