Jurnal DPA 2020 - Bhgn 6

Professional, speed & integrity.

Itulah 3 teras civil servant yang disampaikan dalam ucapan Dato' Khairul Adib, KPPA, semasa GI.

Sebelum ini bila berada di luar daripada laluan perkhidmatan awam ini, banyak persepsi yang aku ada terhadap pegawai kerajaan dan kerajaan sendiri.

Banyak bentuk generalization berlaku. "Pegawai kerajaan memang macam sekian dan sekian. Orang 'gomen' ni macam ni dan macam tu. Sepatutnya begini dan begitu."

Bila dah masuk sendiri ke dalam gerbang perkhidmatan awam ini, terasa semua expectation itu tertanggung di atas bahu sendiri. Dulu pandai sangat cakap, sekarang cubalah realisasikan apa yang dikata.

Mahu ataupun tidak, perubahan tetap harus dilakukan terutama dalam diri sendiri untuk merintis perjalanan ini. Tidak boleh lagi melihat perkhidmatan awam daripada perspektif orang yang berada di luar yang hanya tahu memberi komen dan kritikan.

Namun, akulah duta kepada jenama kerajaan, government of the day.

Berada di DPA ini menuntut perubahan yang perlu dilakukan daripada sudut aturan hidup, cara fikir dan cara kerja. Perubahan juga perlu daripada sudut kesediaan menerima pelbagai arahan yang dinamik.

Bukan begitu mudah. Manakan tidak, pada umur 30-an sebegini perlu melalui semula kehidupan asrama dengan aturan-aturan yang ketat dan pelaporan-pelaporan yang perlu cepat. 3 minggu berlalu dengan begitu laju.

Semuanya perlu pantas, speed. Namun tetap perlu disempurnakan dengan penuh integriti dan profesional. Laporan kekuatan 4 kali sehari, PT petang, arahan-arahan baru yang perlu tindakan segera, semuanya mendorong kami untuk pantas dan cekap.

3 kata terakhir dalam AKSARA itu mula dapat dirasai dalam bentuk yang praktikal. Nak melalui perubahan memang perlu kepada ketiga-tiga elemen ini supaya kita tidak hanyut tertinggal jauh ke belakang.

Nak buang habit ni memang susah, ibaratnya nak suruh kita bangun daripada pembaringan di atas tilam yang begitu empuk yang telah begitu lama kita nikmati. Rasanya macam ada dengar dalam ceramah modul akademik tentang perumpamaan ini.

Kita dah terbiasa bersantai-santai, tidak dikawal secara ketat, tidak begitu kisah kalau terlewat, tiba-tiba nak kena ubah. Memanglah tidak mudah.

Jika kita enggan berubah, perubahan akan tetap berlaku di sekeliling kita. Jika kita enggan berubah sekarang, suatu hari nanti kita akan terpaksa melakukan perubahan yang lebih besar dan lebih sukar.

Ramai orang mahu melihat perubahan, tetapi tak ramai orang nak berubah. Kita perlu ambil tanggungjawab untuk ubah diri kita sendiri, kerana ia akan beri impak besar pada skala yang lebih besar nanti.

"When nobody is taking the responsibility, you have to take it" - Cik Nurul Ellda

ZY
9 Februari 2020

Comments

Popular posts from this blog

DPA 2020 : Apakah Kesudahannya?

Jurnal DPA 2020 - Bhgn 17

Pesan PL 2021 - Bhgn 4