Jurnal DPA 2020 - Bhgn 12
Selesai sudah road relay pagi tadi melibatkan 8 sindiket daripada 4 platun. setiap sindiket mengandungi 15 orang bercampur lelaki dan perempuan. Kami telah merentasi 6 acara utama:
1. Mengangkat armor box berlair di pesisiran pantai. 1 sindiket hanya perlu mengangkat 2 armor box besar dan 2 armor box kecil.
2. Hiking dan trekking tanpa membawa sebarang beban
3. Menjawab 5 soalan kuiz seterusnya mengikat serta mengangkat stretcher kosong.
4. Mengangkat log (batang kayu balak)
5. Mengangkat tayar, 1 besar dan 1 kecil.
6. Merentasi halangan: piramid, monkey bar, stepping stone, crawl di bawah kawat duri, lompat merentas air.
Kemudian terus berlari menuju garisan penamat.
Jarak yang dianggarkan sekitar 5km itu dihadapi oleh semua sindiket dengan masa lebih kurang 1 jam. Alhamdulillah semuanya tiba dengan selamat tanpa kecederaan berat.
Syukur pihak ATD telah menyediakan kami selama 5 hari untuk berhadapan dengan hari ini.
Semuanya kalau boleh nak menang. Namun jika hanya itu menjadi penanda aras, kejayaan hanya dapat dinikmati oleh sebahagian orang atau kelompok sahaja.
Apa yang lebih utama adalah perjalanan itu sendiri. Bagaimanakah ia dilalui dan siapakah yang bersama kita dalam the journey?
Road relay ini bukan hanya tentang siapa yang laju lariannya, kuat tangannya, tinggi staminanya dan teguh mentalnya. Di atas semua itu, ia memerlukan mereka yang sanggup menoleh ke belakang, menahan keinginannya untuk terus laju ke hadapan, demi menghulur tangan kepada rakan sepasukan dan membimbingnya menuju ke garisan penghabisan. Itulah kejayaan.
Platun aku dapat tempat pertama (daripada bawah), dengan nilai masa keseluruhan yang paling lama. Syukur semua sampai dengan selamat. Keputusan itu tidak penting bagi aku kerana aku melihat dan merasai sendiri kerja keras semua orang. Aku percaya semua sindiket telah memberikan yang terbaik. Menang kalah adat perlawanan.
Yang penting kita tahu menghargai dan menerima segala kelebihan dan kekurangan ahli pasukan dan bekerjasama tanpa ada sikap prejudis dan penting diri. Bersungguh-sungguh dalam bekerja dengan penuh setiakawan dan mendorong pasukan secara positif bersesuaian dengan kapasiti masing-masing.
If you want to go fast, you go alone. If you want to go far, we go together.
ZY
7 Mac 2020
Comments
Post a Comment