Jurnal DPA 2020 - Bhgn 18
Hari ini terasa begitu indah bagi aku. Menginjak ke angka 32 tahun mendiami bumi. Ini juga hari terakhir bagi modul akademik. Tiada lagi exam dalam garis masa DPA ini.
Minggu depan akan mula merasai secebis dunia PTD dalam tempoh yang terbatas. Melangkah kaki ke suatu tempat yang diketahui namun tidak pasti.
Persekitarannya dan suasananya masih kabur. Membuatkan kerisauan seringkali bertandang mencabar keyakinan dan ketenangan. Namun tetap positif untuk menghadapi cabaran.
Rasa teruja tak dapat nak dinafikan. Nak belajar benda baharu, menimba pengalaman baharu, berkenalan dengan teman baharu.
Part atas ni aku tulis pada 14 Ogos 2020. Part bawah ni aku sambung lepas dah 3 minggu modul SPP di FRIM, Kepong.
Hari ini (14 Ogos 2020) juga bersyukur dapat Anugerah Kadet Contoh Bulanan Bulan Jun. Ini adalah dedikasi buat semua sahabat yang sentiasa mendorong untuk menjadi lebih baik. Ia adalah sebuah cabaran untuk terus menjaga prestasi diri sepanjang program ini dan sepanjang berkhidmat nanti.
4 September
Modul SPP dah berlalu 3 minggu. Penempatan di FRIM ini adalah sesuatu yang baharu bagi peserta DPA. Tidak ada perjawatan PTD di sini. Aku peserta pertama dihantar semata-mata untuk belajar dan mengambil pengalaman.
3 minggu ini aku ditempatkan di Cawangan Latihan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia FRIM. Banyak belajar tentang selok-belok latihan penjawat awam di FRIM. Mula berkenalan dengan Pelan Kompetensi Latihan Generik yang dihasilkan oleh FRIM bagi tahun 2017-2026.
Menarik Cawangan Latihan ini. menyemak fail-fail berkenaan latihan dan mengetahui tentang latihan-latihan yang berjalan di bahagian/jabatan lain di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Ada lagi 2 minggu di SPP. Nantilah sambung cerita SPP dalam post yang lain pula.
ZY
14 Ogos & 4 September 2020
Comments
Post a Comment