Jurnal DPA 2020 - Bhgn 15
Dah lebih sebulan aku tidak menulis di sini.
Sedar tak sedar, minggu depan semua peserta DPA akan masuk ke modul terakhir untuk penggal pertama. Pantas masa berlalu. Penggal ini begitu unik bagi kita kerana separuh masa di INTAN, separuh masa di rumah.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah.
Hikmah Allah, banyak benda yang kita tak tahu.
Sepanjang berada di rumah ini, banyak kita belajar benda baru. Banyak kita kenal kemampuan sahabat-sahabat yang sebelum ini kita tak tahu. Banyak juga medium pertemuan online yang kita jelajahi.
Walaupun tiada lagi nasi ayam sambal sotong dapat dinikmati buat masa ini, atau bijirin coco crunch dan cornflakes setiap pagi, mahupun salad dengan toppings yang...ahh...meleleh air liur orang berpuasa tengah hari ni. Belum cerita lagi tentang breakfast soto dan yogurt serta ice-cream yang menanti selepas lunch.
Ramadan kita di rumah, tak sempat merasa Ramadan di INTAN. Biarlah cerita meriahnya puasa di INTAN menjadi sekadar penglipur lara.
Walaupun berjauhan, aktiviti kita tidak pernah terhenti. Ramai sahabat yang tetap bekerja untuk menganjurkan aktiviti sepanjang PKP dan seterusnya PKPB ini. Terutamanya MPP dan semua AJK Sidang. Mengisi masa, mengisi hati, mengisi saat bersejarah ini. Terima kasih, sangat aku hargai.
Inilah hikmah pesanan Ilahi. Boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagi kamu. Begitu juga sebaliknya. Dalam setiap ketentuan Ilahi, ada hikmah yang dapat kita pelajari.
Sesi pementoran terus berjalan, modul akademik terus berlangsung, dengan pendekatan yang baru, dengan suasana yang baru, a new normal kata Perdana Menteri.
Kesukaran hari ini akan menempa kekentalan hati kita, menjadikan kita manusia yang lebih matang dan teguh untuk menempuh hari esok, jika kita mahu belajar dan bersedia berubah.
Kita berada dalam satu moment yang bersejarah dunia. Satu situasi baru yang tidak pernah kita jangka. Pasti akan menjadi kenangan suatu hari nanti.
Dah dekat 4 bulan berlalu, hampir separuh tempoh DPA telah kita tempuh.
Ramai sahabat yang telah kehilangan mereka yang tersayang. Semoga Allah merahmati semua orang kesayangan kita dan semoga kita terus teguh dan tabah melalui perjalanan ini.
What doesn't kills us, makes us stronger.
Kita dah lama tak jumpa, tapi hati kita tetap bersama. All for one, one for all.
ZY
9 Mei 2020
16 Ramadan 1441H
Comments
Post a Comment