MERDEKA DARIPADA ZON SELESA
Syukur kita telah menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63. Semoga tema Malaysia Prihatin dapat kita serap ke dalam jiwa kita, membina Bitarawangsa Prihatin.
Kita belum merdeka daripada Program DPA. Walaupun tinggal 11 minggu sahaja lagi sebelum kita mendapat surat lantikan, masih banyak cabaran perlu kita tempuh bersama.
Belum masanya untuk menghela nafas lega dan bersembunyi dalam zon selesa. Bahkan setiap sidang akan menempuh cabaran yang berbeza-beza dalam minggu-minggu yang mendatang. Jiwa harus semakin kental.
Cabar diri untuk terus menempa potensi yang tersimpan. Jangan biar ia tertanam dan menjadi sesalan. Zon selesa menjadikan kita malas. Malas ambil tahu, malas terlibat, malas berfikir, malas mencuba, malas berubah, malas beri kerjasama, malas bertindak. Keluar daripada zon selesa kita. Ambil bahagian, ambil peranan.
Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap segala program dan aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini walaupun sangat mencabar dengan masa yang sangat ketat.
Rasa penat...ya.
Rasa sukar...ya.
Rasa nak mengeluh… jangan.
Rasa nak mengalah...tidak sekali-kali!
Tempa rasa geram dan berat hati kepada aura positif yang sentiasa memacu kita berfikir dan bertindak luar biasa. Banyak cabaran mendatang yang memerlukan kekuatan akal dan hati kita untuk terus bertahan. People needs us to be strong to lead them.
Ini adalah medan latihan kita.
Ini adalah medan persediaan kita.
Dan ingat, kita tak bersendirian.
Marilah saling membantu mencapai misi bersama. Pandang kiri kanan, dorong sahabat lain untuk terus bersemangat dan tidak lesu. Ketika merasa sukar dan lemah, cari kekuatan dan dapatkan bantuan. You are not alone in this journey.
Dalam 11 minggu ni, let's give the best so we could enjoy the rest.
When the going gets tough, the tough get going.
Get ready to get tough.
MPP PROGRAM DPA INTAN
PENGGAL 2 TAHUN 2020
Comments
Post a Comment